Sabtu, 1 Oktober 2011

Apa hak Majlis Peguam nak halang HUDUD?

Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam pada Jumaat meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum Hudud dengan menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.

Presidennya Lim Chee Wee berkata hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.

Clinton; sekarang Malaysia dibawah kuasa awak, buat lah huru hara supaya senang kami masuk daun
"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya dalam kenyataan.

Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.

"Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orangIslam," katanya.  

"Malah, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada semua warga negara termasuk orang Islam di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Ia akan mengakibatkan prosedur bercapah, peraturan keterangan dan hukuman berhubung kesalahan jenayah diaplikasikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam. 

"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan,bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.-

TM_Note;

Majlis Peguam tak perlu risau tentang hudud, sebab Pas tidak mampu melaksanakannya. Pas hanya cakap saja pandai, bila suruh buat kerja tak jadi..

Kalau buat hudud, orang Pas lah yang ramai kena hukum, contohnya ialah peserta demontrasi pun kena hudud, boleh di dakwa di bawah kanum jenayah,  penulis harakah yang kuat buat cerita fitnah pun kena 80 sebatan...dan lagi Pas juga mendokong undang-undang hak asasi manusia dan kalau Anwar dan Mat Sabu dihukum oleh undang-udang hudud ,

Pas akan menggunakan Suaram dan Suhakam untuk membela mereka selaras dengan undang-undang barat dibawah nama Hak Asasi dan Kebebasan.... Pas bukan parti Islam tetapi parti kluk klek..