Sabtu, 1 Oktober 2011

ARKIB: Antara Us. Azhar Idrus dan Us Harussani, Siapa lebih politik?

Sebelum PRU 12 , Pas cukup menyokong Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria , begitu juga dengan Us. Kazim. Apabila kedua-dua tokoh ini turun berceramah di masjid-masjid, pasti penuh sesah masjid pada malam itu.

Selepas PRU 12, kedua-dua tokoh agama tersebut dilihat tidak sehaluan dengan perjuangan Pas yang ternyata menyimpang dari perjuangan asal mereka. Pas sering ditegur oleh Mufti Perak begitu juga Us Kazim.

Apabila Us Kazim menolak untuk menjadi orang Pas, beliau difitnah dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak masuk akal,  jika dituduh kahwin dua tu kira okay lagi, tetapi dtuduh skandal dengan isteri orang, janda dan sebagainya, yang paling berat ialah menuduh beliau merogol.

Segala tuduhan ini dibuat dalam ceramah-ceramah agama. Lebih kurang dengan seorang Imam atau ustaz Othman di Kampung Expo, pagi-pagi berjogging dan skodeng rumah orang.

Malam dalam ceramah agama mula balun orang, sipolan (dia sebut nama macam us. azahar bodoh tulah) tu bini dia seluar dalam merah,  di rumah tak tudung, pagar rumah tinggilah, apa guna beli kereta besar dan berumah besar tetapi tolak Islam dan macam).

Kalau orang-orang yang bergelar ustaz dan mufti begitu senang difitnah, apa lagi orang Umno yang tak ada tittle ustaz.


TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.


"Akhirnya mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang. Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik," katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.


Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka. “Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar”, ujar beliau.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya. “Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah,” katanya lagi.


Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.


“Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,”jelasnya.

Hari ini oleh kerana keceluparan mulut mereka, Allah hukum mereka secarai tunai, dahulu Pas menfitnah Anwar Ibrahim (semasa Anwar dalam Umno) sebagai pengamal sex bebas, peliwat dan sebagainya, hari ini orang yang dihina itulah diangkat sebagai Imam.

Pas juga diam membisu apabila Imam ini menolak hukum hudud yang menjadi agenda utama Pas sejak sekian lama. [ apakah Pas merujuk dengan majlis syura sebelum bersetuju menolak hudud?].