Khamis, 13 Oktober 2011

Bob Gila enggan bekerjasama dengan JAIS

Bob Lokman yang ditangkap kerana memberi ceramah politik dengan berlindung atas nama tazkirah enggan hadir ke pejabat JAIS untuk memberi keterangan. Bok kata beliau rela ditangkap

Keengganan Bob untuk hadir telah mendedahkan kepada umum bahawa beliau takut untuk berhadapan dengan pegawai agama yang sudah tentu akan menyoal berbagai-bagai soalan termasuk pengetahuan beliau dalam perkara-perkara bersabit dengan agama. Bob sudah pasti kantoi bila ditanya. Silap hari bulan sifat 20 pun tak tahu.

Oleh itu Bob rela ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dan hanya mengaku bersalah tanpa perlu membela diri.

Bob sebenarnya mengalami masalah ekonomi dan kemorosotan idea untuk menulis lirik lagu. Hidupnya hanya mengharapkan belas ihsan rakan-rakan artis yang berusaha untuk membantu beliau untuk terus bertahan dalam dunia seni. Terakhir beliau dipilih untuk menjadi pengkritik dalam program Raja Lawak.

Bob masuk Pas kerana dia nampak,  dia diperlukan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pas dan pada masa yang sama dia dijanjikan pendapatan yang lumayan seperti Us. Azhar Idrus.

Bob tahu dia sudah kering idea dan mengalami tekanan hidup. Anak-anak semakin dewasa. Kos kehidupan semakin tinggi. Menyertai Pas adalah tindakan berani mati untuk mengelakkan daripada syndrome anxiety .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.