Aminuddin Mohamad wrote:
Cuba pembaca tengok macam mana peguam PAS ini mengayat peneroka Felda dalam sesi ceramahnya bersama Mazlan Aliman:
"Saya yakin pakcik dan makcik akan berdosa dan malu kepada anak dan isteri kita jika pakcik dan makcik meninggalkan bumi ini dengan mewariskan hutang kepada anak-anak keturunan kita...Pakcik dan makcik akan menjadi orang paling tidak berguna kalau dalam keadaan sedar masih memilih untuk memeluk tubuh dalam keadaan kita tahu bahawa kita ditipu dan kita ditindas memilih untuk rela dengan kezaliman yang dilakukan secara terus-terusan oleh penyamun yang bernama FELDA".
"Satu hari saya turun ke Kemahang, saya tengok sendiri rumah peneroka yang daif. Bila saya tengok rumah peneroka, tangga pun takde....potong batang kelapa buat tangga. Nak tengok kereta jangan harap....".
"Bila kita failkan kes...tersiar surat khabar supaya ramai pihak ambil perhatian betapa daifnya peneroka. Anak sepuluh, tujuh jadi penyamun, tiga jadi mat rempit...sebab mak bapak takde wang. Mak bapak takde duit nak menyara pendidikan. Sebab itu jenayah sosial tinggi di FELDA seluruh Malaysia sebab kehidupan peneroka yang daif".
http://www.selamatkanrakyatselangor.com/articles_7149_PANAS-Berita-Yang-Tidak-Akan-Keluar-Di-Malaysiakini-atau-Malaysian-Insider.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.