Sabtu, 1 Oktober 2011

Negara Kebajikan: Nizar Sabotaj Nik Aziz?


Blog Cikgu Din dari Pas Bukit Gantang menyatakan Umno mengupah budak-budak RM 200 untuk memasang banner tersebut dan meletakkan link facebook. tetapi bila klik facebook tersebut tak wujud.

Sebenarnya siapa yang pasang tak penting. Kalau Umno yang pasang pun betul juga, kalau Pas yang pasang pun tak salah juga. Kalau Umno pasang, Pas sepatutnya berterima kasih sahaja lah.

Setahu TM lah, Pas memang kerap pasang banner pada dua tiang elektrik tersebut. malah kawasan tersebut dah macam milik mutlak Pas.



Inilah lakonan terbaik puak pakatan haram, Nizar saja buat-buat gempak, konon terkejut dengan banner yang digantung dengan perkataan "YA, negara kebajikan TIDAK kepada negara Islam" ! Puak mana punya kerja ni? Buat-buat tak tahu pulak!

Alamak dol! Ini politik lama lah.... Hahahaha!

Sendiri gantung banner, sendiri turunkan seterusnya panggil media massa dan blogger pembangang... sendiri ambik gambar.. publish kat blog (klik sini...)  Lepas tu tuduh ini UMNO punya kerja! dapatlah publisiti murahan.... macam siot!

Kalau betul orang perak yang gantungkan banner ni alhamdullilah!