Sabtu, 1 Oktober 2011

DS Nizar calon PAS di Dun Changkat Jering-YDP.

Posted by Cikgu Din on

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar memberi penegasan PAS akan bertanding di Dun Changkat Jering. PAS Bukit Gantang meletakkan DS Nizar sebagai calonnya.
Pimpinan Jentera Pilihanraya Pas Bukit Gantang sedang menerima arahan dan tugas daripada Ustaz Nordin Jaafar.Pimpinan jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersedia mengikut dan memikul amanah, seperti mana yang diarahkan PAS Bukit Gantang.

TM_Note:

Wah hebat percaturan caca-merba Pas Perak kali ini. Masing-masing berebut nak jadi calon. Masa PRU 12 sapa pun tak mau jadi calon.

Mengapa Nizar Jamaluddin lari dari Pasir Panjang dan nak bertanding di Dun Changkat Jering? Jawapannya mudah.

Pengundi Pasir Panjang sudah bersiap sedia untuk menghilangkan wang deposit beliau jika bertanding kali kedua. Itu  maklumat yang diperolehi dari saudara TM di sana yang sekarang sedang fokus untuk memenangkan calon Umno. Dahulu dia menjadi orang kuat yang memenangkan Pas kerana tak suka dengan Pak Lah.

Nizar juga dikhabarkan sebelum ini melalui laman blog Pas akan mencabar Zahid Hamidi di Bagan Datoh dan kerusi Bukit Gantang akan diserahkan kepada DAP.  Tiba-tiba Nizar nak bertanding di Changkat Jering.

Ini bermakna Nizar tidak akan bertanding diperingkat Parlimen.  Tak mungkin Pas akan membenarkan Nizar bertanding dua kerusi sekali gus. Ramai lagi ahli Pas yang teringin nak jadi wakil rakyat.

Elaun besar. pencen dapat. pinjaman perumahan pun dapat. pinjaman kereta pun ada. Bak kata orang jadi wakil rakyat ini hidup senang. Itu lah kelebihan hidup di Malaysia. Tahun depan elaun DUN Perak akan dinaikan lagi.

Idham Lim masih dalam delima. Mujahid Yusof tak ngam dengan dia. Dengar khabar  tempat Idham sudah ada pengganti. Jika benar bagaimana dengan projek  Darul Anwar beliau. Ada maklumat tahun lalu  Idham bakal bertanding di Hulu Perak dan terbaru akan bertanding di Kuala Kangsar.  Tak mungkin Kuala Kangsar kerana itu tempat yang diidamkan oleh Raja Ahmad Al-Huss.

Dahsyat juga percaturan Pas. Untuk makluman,  Pas diperuntukkan hanya 21 kerusi sahaja [2008] dan menang 6 kerusi. Bagi Parlimen Pas bertanding 7 kerusi dan menang 2 sahaja [ Bukit Gantang dan Parit Buntar].

Mengikut jangkaan dari awal dalam PRU 13 akan datang, Pas akan kalah teruk seperti 2004. Tidak ada satu kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangai oleh Pas. Untuk rekod. BN menag 52 kerusi Dun dan Dap 7 menjadikan 59 kerusi....Pas dapat TELUR AYAM.......

Keputusan 2004 juga menyaksikan hanya giant killer Dap sahaja yang berjaya mengekalkan kuasa iaitu, LIM KIT SIANG (DAP),  FONG PO KUAN (DAP) dan WU HIM VEN (DAP). Pas tetap TELUR AYAM.