Terlebih dahulu tahniah diucapkan kerana berani mengecam Rosmah yang hadir sebagai tetamu dalam Festival Busana Muslim di Perancis dan keberanian mengecam Dr Zambry dalam isu ancak di Manong.
Tahniah juga kepada Pas Perak kerana bertindak bodoh dalam demontrasi di Taiping yang melibatkan kanak-kanak sekolah.
Seorang kanak-kanak diperdayakan untuk memegang sepandok. Kononnya Dr Zambry dan Rosmah menghina Islam dan bertentang dengan syarak.
Rosmah hadir sebagai tetamu pun dikecam sebegitu rupa, bagus lah. Bak kata peribahasa melayu, kuman diseberang lautan nampak, gajah depan mata tak nampak.
Beberapa bulan lepas beberapa pemimpin Islam Pulau Pinang telah hadir ke satu pesta fesyen dan ada peserta memperagakan pakaian dalam wanita dan sudah tentu mendedahkan aurat.
Kisah tersebut telah didedahkan oleh beberapa laman blog terutamanya dari Pulau Pinang.
Mustahil Pemuda Pas Perak tak nampak. Jarak Pulau Pinang dengan Parit Buntar bukannya jauh seperti Monte Carlo. Sepatutnya PP Pk turut mengecam fesyen show tersebut,
Begitu juga dengan majlis doa selamat mendirikan rumah seorang OKU di Manong. Dr Zambry dijemput hadir sebagai tetamu oleh Adun Manong Dato Ramle Zahary. Kisahnya seorang OKU telah mendapat projek membina sebuah rumah bantuan Yayasan Bina Upaya.
Dalam majlis tersebut doa dibacakan oleh tuan imam dan disertai dengan adat orang tempatan iaitu mendirikan tiang seri.
Ramai orang Pas apabila mendirikan tiang seri disertai dengan sedikit kenduri kecil dan ada juga mengamalkan adat-adat melayu lama seperti mengikat kain dan menepung tawar. Benda itu bukan rancangan yang diatur oleh Dr Zambry pun.
Akan tetapi bila disiarkan di lama web Perak Today ia seolah-olah menjadi satu kemenanagn loteri kepada Pas.
Pas mula mencetak risalah kononnya Dr Zambry mengamal amalan kurafat. Nizar juga mengambil peluang menghentam Zambry di dewan Dun. Nizar juga sanggup berbohong dalam dewan dengan menyatakan Majlis Fatwa telah bermesyuarat dan menyatakan hukum tersebut adalah haram dan kurafat.
Setelah disiasat ternyata tidak ada mesyuarat majlis fatwa seperti yang disebut oleh Nizar di dalam dewan dun.
TM juga mendesak agar Ustaz Shahir membuat satu bantahan dan mendesak Pkr dan Dap supaya menerima pakai undang-undang hudud yang diperjuangkan selama ini oleh PAS.
Nik Aziz pernah berkata orang yang menolah hukum tak boleh duduk di bumi Allah.
Ustaz Shahir boleh dianggap bacul dan pondan jika tidak berani menentang mereka yang menolak hudud.
5 November (Taiping)- Tindakan Rosmah yang menghina Islam dan Rasulullah dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu serta perbuatan Datuk Seri Zamri Kadir, Menteri Besar Negeri Perakdalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober lepas di Manong yang berunsurkan syirik dikecam masyarakat dan umat Islam.
Kecaman ini jelas dinyatakan dalam demontrasi yang diadakan di hadapan Masjid Daerah Taiping hari ini selepas solat Jumaat. Domontrasi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk.) dan umat Islam ini mengutuk kedua-dua mereka yang dimaksudkan diatas diamana kedua-dua progran tersebut jelas bertentangan dengan syara'.Menurut Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan, Penganjuran Busana Muslim yang dinaungi oleh Rosmah adalah amat jelas tidak menepati syara' dalam berpakaian menurut Islam apatah lagi dengan penonjolan seorang peraga yang mendedah aurat sambil memakai baju yang tertera nama Nabi Muhammad."Perbuatan ini jelas menghina Islam dan mempermain-mainkan syariat Islam serta Rasulullah SAW. Kita marah apabila Rasulullah dihina suatu ketika dahulu apabila gambar baginda di lukis, tetapi kini seorang Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri menghina Rasulullah SAW,apakah kita boleh berdiam diri" berkata Ustaz ZawawiDalam isu kedua DPPN perak juga mengutuk dan mengecam tindakan Menteri Besar Perak merangkap Exco Agama yang telah mengulangi amalan khurafat yang ditinggalkan oleh orang-orang melayu suatu ketika dahulu."Kita mahu Zamri menjelaskan isu ini kepada rakyat dan kembali bertaubat atas berbuatan syirik beliau ketika program Inra Bina Upaya baru-baru ini. Perbuatan ini jelas khurafat dan kita Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar memorandum kepada semua Mufti-mufti termasuk Mufti Perak Dato' Seri Harussani agar menyatakan pendirian dalam isu ini". ZawawiMenurut beliau lagi DPPN Perak bercadang akan membawa perkara ini ke pengetahuan Sultan Perak sekiranya Zamri tidak bertaubat dan menyatakan kesilapan beliau dalam upacara ini. Ini adalah kerana isu ini membabitkan aqidah umat Islam khasnya umat islam di Perak apabila ianya dilakukan sendiri oleh Exco Agama Islam sendiri. [ DAH JUMPA SULTAN? ]
Us Shahir memegang pembesar suara Ustaz Shahir mengetuai demontrasi hari iniLast Updated on Saturday, 06 November 2010 01:35
Ayuh! Ustaz Shahir sebelum isu ini menjadi sejuk dan dilupakan eloklah bertindak segera. Jika betul-betul anak jantan sila tunjukkan kejantanan mu......