Selasa, 11 Oktober 2011

Nizar Jamaluddin masalah besar buat PAS Perak

mogok lapar di pejabat DAP
melatih anak perempuan budaya rock kapak
  1. Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya di Buntong Ipoh baru-baru ini masih merasakan beliau adalah Menteri Besar yang sah, ini merujuk kepada kenyataan bekas Hakim Negara yang diputarbelit oleh beliau.
  2. Nizar sendiri dalam keadaan keliru dengan kedudukan beliau dalam Pas, berikutan kekalahan beliau muktamar Pas untuk jawatan Naib Presiden. Kekalahan berpunca daripada kenyataan beliau bahawa tidak ada dalam mana-mana manuskrip Pas yang menyebut Pas akan menubuhkan negara Islam. Kenyataan ini menyebabkan kemarahan pucuk pimpinan parti yang mahu sembunyikan fakta ini.
  3. Kepimpinan Pas mempunyai calon lain untuk jawatan menteri besar sekiranya Pas dipilih sekali lagi menjadi Ketua Eksekutif kerajaan pembangkang jika berjaya menawan kembali Perak.
  4. Calon yang dilihat lebih baik dari Nizar ialah bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid, oleh itu Nizar terpaksa membuat talian hayat dan meminta sokongan daripada Lim Guan Eng supaya mengekalkan Nizar sebagai MB jika mahukan sokongan Dap. LGE juga melalui Ngeh telah mengesahkan sokongan ini. 
  5. Bekas Pengarah Pelajaran Perak , Dato Adnan Ibrahim [ kaki karaoke dan pelakon drama tv] juga bercita-cita besar untuk menjadi wakil rakyat atau menteri besar Perak.
  6. Uztaz Ahmad Awang kita sudah dimuziumkan oleh Pas Perak dan tempatnya diambil oleh Abu Bakar Hussin yang juga bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat.
  7. Nizar sudah tidak mendapat sokongan lagi daripada Pasir Panjang dan berhasrat untuk bertanding di Dun Changkat Jering yang dimenangi oleh Pkr.  Sebelum ini Nizar bercadang untuk menentang Zahid Hamidi di kerusi parlimen Bagan Datoh. 
  8. PRU 13 akan datang Pas diperuntukan 21 kerusi Dun dan 7 kerusi parlimen oleh Anwar Ibrahim. Oleh itu satu persaingan hebat akan berlaku bukan sahaja di Perak tetapi diseluruh negara.
  9. Bagi kebanyakan ahli-ahli PAS khususnya di peringkat pusat, imej Nizar sedikit tercemar dan dilihat sebagai liability kepada perjuangan PAS di negeri ini dan juga diperingkat kebangsaan.
  10. Nizar semasa menjadi menteri pernah terikut-ikut budaya Dap seperti menyalakan lilin dalam memperingati kematian TBH, 
  11. Pernah menyertai mogok lapar di pejabat Dap Perak, setelah dikutuk hebat beliau menukar fakta bukan mogok lapar tetapi puasa sunat. [ kalau nak puasa sunat tak perlu bertapa di pejabat Dap bersama-sama dengan puak-puak Dap dan tak perlu berbaju hitam dan lilit kepala macam toa pekong.
  12. dll