Selasa, 11 Oktober 2011

Surat berantai wasiat ringkas, wajib edar, jika tidak anda mati atau dilanda musibah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

To: Ahmad Fauzi bin Nordin<fauzi@jupem.gov.my>; Kamar Shah Ariffin<kamarsha@eng.usm.my>; Harun Petronas<afharun@gmail.com>; Ahmed Sanusi<cesanusi@gmail.com>; Arifin<ariffin2@btinternet.com>; azhar4767<azhar4767@gmail.com>; aziz dollah<azizdollah@yahoo.com>; Azman Awang<man4848@gmail.com>; Dr. Azhari bin Mohamed<azhari@jupem.gov.my>; Dato' Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib<drkadir@jupem.gov.my>; bahari hasan<bibbahari@gmail.com>; FATIMAH BINTI DE'NAN<cefatimah@eng.usm.my>; Hasan bin Jamil<hasan@jupem.gov.my>; NASTAEIN BINTI QAMARUZ ZAMAN<cenastaein@eng.usm.my>; Prof Dr Alias Bin Abdul Rahman FKSG<alias@utm.my>; Prof Madya Dr Badorul Hisham<cebad@eng.usm.my>; ceashraf<ceashraf@eng.usm.my>; cesuriani<cesuriani@eng.usm.my>; Dr. Hamidi Abdul Aziz<cehamidi@eng.usm.my>; DR.-ING. JOEWONO PRASETIJO<cejoewono@eng.usm.my>; Mazelan Che Muda<mazelanc@yahoo.com.my>; DR. MOHD SUFFIAN YUSOFF<suffian@eng.usm.my>; mokhtar azizi mohd din<mokhtarazizi@gmail.com>; MAHERAN MOHD YUSOFF<eranais@yahoo.com>; Fuziah Macgdi<fuziah@macgdi.gov.my>; ghazali ismail upsi<ighazali51@gmail.com>; Hamdan Macgdi<hamdan@macgdi.gov.my>; hamdzah abd rahman<hamdzahabdrahman@yahoo.com>; Hasnah Haron<hhasnah@usm.my>; hisham<hisham@whsnsj.com>; Nik Khalili Nik Ibrahim<khalili.ibrahim@offshoreworks.com>; Ikhwan Roslan<ikhwanroslan@gmail.com>; Mahktar Ismail<jmrpk@yahoo.com>; Rustami indah ukur<indahukur@gmail.com>; shaikh ibrahim<sibsomar@hotmail.com>; ZEIDA SUHEERA BINTI SHAMSUDDIN<iyra@eng.usm.my>; jangan fikir<jangan_fikir@yahoo.com>; perunding azizi jurutera<perundingazizi@gmail.com>; Prof Madya Dr Juazer Rizal Abdul Hamid<juazer@salam.uitm.edu.my>; Rani JKR<raniharun@jkr.gov.my>; wan derani JUPEM<wandarani@jupem.gov.my>; Azran Jusoh<Azran.Jusoh@faro.com>; Hj Razak KLIUC<abdrazak@kliuc.edu.my>; khadijah salleh<khadijah255@yahoo.co.uk>; MOHD ROZI LATIB<mdrozi_2000@hotmail.com>; Zaid Dr LS<smartsur@gmail.com>; Mohd Rozi Latib<mohdrozi@jupem.gov.my>; Sharifah Rosfashida Bt. Syed Abd. Latif (Staff)<rosfashida@oum.edu.my>; syed nasir<syed@jurukursetia.com>; ::osman::<osman73@gmail.com>; Sr Roznita Othman<roznita@yahoo.com>; Sayuti PPKA<sayuti@eng.usm.my>; Ust Zaki Perakan<hambaallah3392@yahoo.com>; Mohd Ramlee Abd Rahman<ramleer@tnb.com.my>; SAID B. SAIDIN<said@eng.usm.my>; Saharuddin Bin Saat<saharnor@yahoo.com>; TAKSIAH BINTI A. MAJID<taksiah@eng.usm.my>; Tarmiji Masron<mmiji@usm.my>; Syazwan Utility<syazwan@iewm.com.my>; Yaziz UiTM<yaziz@salam.uitm.edu.my>; Zuhar UTP<zuharza@gmail.com>; Azzah UPM<azzah@notes.usm.my>; naim wan<wmnaim1960@yahoo.com>; Wan Abdul Aziz Wan Mohd Akib<wanaziz@utm.my>
Subject: fwd wasiat ringkas

Wasiat Untuk Umat Islam Seluruh Dunia

Assalamualaikum,

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.

WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.

WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-

dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

Untuk peringatan !!

1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.

3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.

4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain. Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.

5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.

7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianyqa bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang. Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa bmenyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan. Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup.

PERHATIAN ;

Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA




TM_Note

Surat seperti ini amat popular zaman dahulu dan masih berjalan sekitar tahun 80an dan 90an. Sekarang dengan adanya sistem dan kemudahan IT , surat berantai ini begitu mudah diedarkan. 

Surat ini diemailkan oleh seorang sahabat dari sebuah universiti tempatan yang minta perkara ini dipamerkan dalam blog TM agar dikongsi bersama. 

Perbuatan surat berantai seperti ini juga disebarkan melalui sms, bbm, facebook dan sebagainya. Ia juga satu cara untuk melemahkan orang Islam daripada mengejar ilmu dunia dan hanya menumpukan kepada akhirat sahaja. 




SURAT & SMS BERANTAI

Soalan

Apa hukumnya menyebarkan sms ini : " Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam.."

Jawapan :

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana 'wasiat' di dalam surat tersebut. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . Berikut kami paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) , fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Komen saya

Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


27 Jun 2007







Bahagian 1: Contoh surat berantai





SURAT DARI ARAB SAUDI




(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)



Assalamualaikum.


Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)


Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.


a) Isteri tidak mendengar suami

b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.


Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.


Pesanan Hamba ini


a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.

b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.


UNTUK MAKLUMAT


1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.




3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.


4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.


6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.


Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.




Bahagian 2: Fatwa Dr Yusof Qardhawi





WASIAT PALSU SYEKH AHMAD

Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:


Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat

dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.
Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan
isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair

(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad,
juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan
kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.
Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay

terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan
membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah
memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;
ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki
dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula
orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya
meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah

memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.

Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut?

Apakah benar atau tidak?
)

JAWABAN:


Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan

sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru
ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.
Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang
terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam
Rasulullah saw.

Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam

surat tersebut, saya pernah menanyakan kepada
orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi
mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta
aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak
ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar
berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat
yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat
Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan

nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya
bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu

mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al
Qur'an telah mengatakan dengan jelas:

"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat

waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:


"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)

seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita

sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita
sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu

agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah

disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang
diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia
meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam
telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat
apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas

memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang
yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat
musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia
pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang
membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian
menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan
terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang
yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan
menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,
akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka

bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal
orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di

negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat
tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua
itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam
dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta
peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan

aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat
seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk
menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.

Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak

membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar
tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan
wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw.
sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil
itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi

umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah
disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu
bersumberkan pada wasiat melalui mimpi; pent.) bahwa
Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh

syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan
ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan

menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga
memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang
lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai
berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

-----------------------

Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press
Jln. Kalibata Utara II No. 84 Jakarta 12740
Telp. (021) 7984391-7984392-7988593
Fax. (021) 7984388
ISBN 979-561-276-X



Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978







KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD


Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.


Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

sumber : http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/umum/suratberantai.htm