Penjual batu permata di Malaysia sejak zaman dahulu kala biasanya orang keturunan Pakistan dan juga bekas-bekas tentera Gurkha. Batu-batu permata biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara ajaib.
Dalam masyarakat Melayu pula batu permata sering dikaitkan dengan keajaiban batu geliga. Batu geliga biasanya diperoleh secara mistik dan penuh dramatik. Batu geliga biasanya dikaitkan dengan haiwan seperti geliga ular, geliga lipan, geliga ikan, geliga naga, geliga helang, geliga cenderawasih dan sebagainya.
Batu geliga juga sering dikaitkan mampu membawa tuah, sebagai pelaris perniagaan, menjaga kesihatan, mengubat pelbagai jenis penyakit, menawarkan racun dan pelbagai-bagai lagi perkara luar biasa.
Paling menjengkelkan ialah wujud sebilangan manusia yang menggunakan kesempatan ini untuk menipu mangsa dengan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi.
Untuk maklumat seterusnya sila ke laman portal ini...Perak Today