Isnin, 10 Oktober 2011

PAKATAN CACA MERBA TUNGGU HARI NAK LINGKUP


Ahad, 2 Oktober 2011
PKR BERGANTUNG DENGAN PAS? AHLI PKR JENDERAK JAWAB TULISAN PAHANG DAILY
Melalui salah satu komen tulisan Pahang Daily di sini, seorang pembaca telah mengulas isu dakwaan PKR bergantung kepada PAS di dalam Pilihanraya di Pahang, khususnya.


Berikut komen pembaca berkenaan;

Ada kebenaran tulisan ini, namun, dengan bergantung kepada jentera PAS tidaklah memberikan jaminan kemenangan. PAS telah wujud sejak 1955, namun undi PAS tidaklah memberangsangkan sangat.

Episod pilihanraya PAS lebih banyak melihat kekalahan dari kemenangan, dan kawasan yang dikatakan tradisi PAS itu bukanlah kawasan yang PAS kuat, tetapi hanya menunjukkan bahawa PAS bertanding setiap kali dalam Pilihanraya tetapi semuanya kalah.

Sejak 1955, PAS hanya mampu menang 2 kerusi DUN sahaja di Pahang, DAP juga menang 2 kerusi DUN dan PKR pula menang 2 kerusi Parlimen. PKR kena mempunyai jenteranya sendiri, dan kenapa mesti bergantung kepada PAS. Kelihatan bahawa Ketua-Ketua Cabang PKR kuat bergantung kepada jentera PAS, dan kredibiliti PKR sentiasa dipersoalkan.

Kawasan2 yang boleh dimenangi oleh Pembangkang melalui PKR juga bergantung kepada jentera PAS. Ini menyebabkan PAS merasakan bahawa kawasan2 itu patut diberikan kepada PAS, walhal, jika PAS yang bertanding disitu harapan menang amatlah tipis. Benar PKR kurang jentera, tetapi pengaruh parti itu jauh melebar dari kewujudan jentera dan keanggotaan parti; hanya PKR perlu mengubah caranya dengan mewujudkan jentera sendiri.

Ini berbeza di tempat saya di DUN Jenderak. Didalam Pilihanraya yang lepas, walaupun, PKR belum sampai 6 bulan bertapak di DUN itu, tetapi PKR tidak bergantung kepada jentera PAS. Kami mempunyai jentera sendiri, PACA sendiri, dan petugas2 sendiri; bahkan poster-poster PAS dan banner2 mereka yang dilambakkan di Pejabat PKR pun, kami jentera PKR yang menampalnya.

Bahkan Pejabat kami sendiri pun kami penuhkan juga dengan bendera dan poster PAS untuk membayangkan bahawa kerjasama Pembangkang itu adalah erat. Dari segi ranting/cawangan pula, PKR Jenderak jauh lebih banyak dari ranting/cawangan PAS. Namun, disetiap ceramah yang kami anjurkan, kami tidak pernah meninggalkan lambang PAS didalam poster-poster kami.

Ini berbeza dengan ceramah2 PAS, dimana poster-poster parti itu tidak pernah meletakkan lambang PKR, walaupun yang hadir ceramah itu adalah DSAI atau Saifuddin Nasution. Kami dari PKR juga meletakkan lambang DAP walaupun DAP tidak bertanding walaupun satu kerusi pun di Kuala Krau. Ini nak menunjukkan setiakawan kami kepada Pakatan Rakyat, dan bendera PAS dan Bendera DAP dipasangkan dengan megahnya di Pejabat PKR, bahkan Pusat Khidmat Rakyat PKR di DUN Jenderak itu, kami letakkan dua lambang iaitu PKR dan PAS.

Ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana Markaz PAS di kawasan ini. Bagi menghadapi PRU ke-13 ini, PKR telah menyiapkan 72 orang PACABA, dan ratusan petugas-petugas sukarela. Dengan kekuatan ini, PKR DUN Jenderak pasti tidak akan bergantung kepada jentera PAS, dan kami bersedia, seperti PRU-12 untuk membantu PAS menaikkan poster dan banner untuk calon Parlimen mereka. Inilah dikatakan kerjasama dan setiakawan.

Didalam PRU DUN Kecil DUN Kerdau dulu, PKR memohon untuk menjalankan tugas di Felda Jengka 25, Jengka 23 dan Jengka 22. Tetapi kami hanya diberikan Jengka 22, yang dua lagi itu diberikan kepada PAS dan Anak. Namun dengan cara gerak kerja yang kami lakukan kami bergembira bahawa hanya di Jengka 22 sahaja menampakkan undi PAS bertambah dengan baiknya. Kemenangan didalam PRU bukan hanya sekadar bergantung kepada ahli yang ramai, jika ahli yang ramai itu hanya sekadar "menghabiskan beras" mengisap rokok, bersimbang sesama sendiri, memenuhkan ruang-ruang markaz dengan memuji kekuatan diri sendiri, tetapi tidak sampai kepada rakyat.

Saya masih teringat kepada ucapan Bala, orang kuat Penyokong PAS mengatakan bahawa semua pengundi India (100%) akan mengundi calon PAS, tetapi apabila keputusan PRU Kerdau dikeluarkan, undi kaum India kepada PAS merosot dengan teruknya, begitu juga undi kaum Cina, juga merosot, dan paling merosot ialah undi orang-orang Melayu dan PAS gagal mendapatkan undi kaum Orang Asal. DAP adalah sebuah lagi parti dalam Pakatan. Parti itu tidaklah mempunyai keahlian yang banyak atau jentera yang kukuh.