Jumaat, 21 Oktober 2011

PAS PANAS SAMPAI KE OTAK KERANA YB ZUL


Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu.

"Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri.

"Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen.

Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota).

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.