Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang Pas yang lebih. Itu lah peribahasa Melayu yang boleh dikaitkan dengan Pas Perak dan juga Pas seluruh negara.
Pas halal berbuat apa sahaja tetapi bila diri mereka diguris atau disentuh sedikit mulalah melalak dan menangis.
Mereka boleh dengan sengaja menuduh Anwar sebagai peliwat, menuduh Umno membeli kapal selam yang tidak boleh tengelam. menuduh Najib membunuh monggolia, menuduh Tun Mahathir Maha Firaun dan Maha Zalim.
Sekiranya kita rajin membaca harakah kita akan dapati dari muka depan sehingga muka belakang, tidak ada laporang tentang kebajikan yang Pas lakukan terhadap rakyat. tetapi penuh kecaman dan fitnah terhadap pihak lain.
Dalam kes video lucah Anwar yang didedahkan oleh youtube, Pas amat marah dengan pendedahan tersebut, pada hal mereka sangat gembira apabila Mat Sabu dan Lim Guan Eng mendedahkan perilaku seks Anwar sebelum Anwar dipecat.Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengajak semua ahli politik, untuk sama-sama mencerminkan akhlak yang mulia sebagai pemimpin-pemimpin negara.
Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan bahawa, walau sehebat mana propaganda, manipulasi dan permainan media yang dibuat, semua itu hanyalah bersifat kulit dan sementara.
Beliau juga mengingatkan bahawa kuasa adalah amanah, jika mereka yang menjadi pemimpin rakyat menonjolkan akhlak yang buruk, menayangkan video lucah untuk tatapan orang ramai, tidak mustahil rakyat yang dipimpin mereka akan melihat ianya sebagai suatu tindakan yang dibolehkan dan mengikut perbuatan tersebut.
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, sebagai contoh, jika hari ini pemimpin Negara di kalangan pemimpin UMNO menonjolkan video lucah kepada orang ramai untuk menjatuhkan kredibiliti politik pemimpin Pakatan Rakyat, esok pula cara yang sama akan digunakan oleh rakyat dalam kes yang lain pula.
Bagaimana pula kalau yang mengikuti tingkah-laku pemimpin tersebut adalah keluarga atau orang terdekat dengan mereka? Bukankah budaya fitnah dan kerosakkan akhlak akan tersebar, soal beliau.
Oleh sebab itu, beliau mengajak pemimpin negara serta ahli politik seluruhnya untuk mencerminkan akhlak yang mulia. Malah beliau mengajak kepada rakyat untuk memilih seseorang pemimpin tersebut berdasarkan kepada akhlak dan tingkah-lakunya
Menurut beliau, memberikan ucapan dan dakwaan pihak itu benar atau pihak itu salah serta memberi janji adalah suatu perkara yang mudah bagi mana-mana ahli politik, tetapi yang betul-betul menentukan sama ada ahli politik tersebut sesuai menjadi pemimpin atau tidak ialah akhlak serta tingkah-lakunya. Lagi dekat akhlak seseorang pemimpin tersebut dekat dengan akhlak Nabi s.a.w., lebih layak seseorang itu menjadi pemimpin rakyat.
Beliau mengingatkan agar seluruh pemimpin mengambil pengajaran dari Firman Allah SWT:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Surah Al-Ahzab:21)
Kenapa dahulu Pas boleh, kenapa sekarang tidak. Pas hanyalah sebuah parti yang mementingkan politik dan memperalatkan agama Islam untuk menipu rakyat. PAS CELAKA,