Khamis, 6 Oktober 2011

Talk Show : Ernie Chen channel 502 malam tadi



Malam tadi TM menonton satu talk show yang di host kan oleh Anne Edward dan tetamu jemputan ialh Ernie Chen dan Jeremy Lee.

Tajuk mereka ialah negara berpendapatan tinggi. Menurut Ernie akan datang, sesiapa yang berpendapatan di bawah RM 4000 adalah termasuk dalam golongan miskin. Ia satu peringantan yang baik untuk menyedarkan rakyat.

Dalam masa yang sama TM ingin menyoal Ernie, berapakah gaji minima yang beliau bayar kepada kakitangannya yang mempunyai degree? Difahamkan tak sampai 2K sahaja.

Seterusnya Ernie berkata Pegawai Kerajjan dan Menteri yang tidak perform dengan baik dalam gagal mencapai target, mereka patut dibuang atau 'fired'. Memang bunyi mudah sekiranya ia dilakukan oleh Atcen Sdn Bhd. Bagaimanapun ia berbeza jika berlaku dalam jabatan kerajaan atau dikalangan ahli politik.

Seandainya PM memecat ahli kabinet ia akan jadi seperti kes Anwar dan Nizar Jamaluddin yang menuntut hak mereka di mahkamah.

Begitu juga dengan kakitangan kerajaan yang berpangkat pengarah dan sebagainya. Sekiranya dipecat ia amat bercanggah dengan procedure jabatan. Peguam pula awal-awal lagi mencari mereka untuk membawa kes ke mahkamah.

Seterusnya ialah kenyataan Ernie yang sama seperti Presiden MCA Chua Soi Lek yang bercakap soal merit dalam pencapaian pembelajaran di peringkat tinggi.

Ia sebenarnya belum sesuai untuk dilaksanakan di negara kita yang curang kekayaan antara kaum masih besar. Memang persaingan memang bagus untuk mengejar kemajuan tetapi masih belum sesuai masanya.

Orang Melayu masih jauh tertinggal dibelakang berbandding degan bukan Melayu. Lagipun sikap perkauman masih menebal dikalangan rakyat Malaysia. Contohnya ialah pekerja Cina dibayar gaji tinggi berbanding bukan cina walaupun mereka berpendidikan sama level dengan bukan cina.

Dalam persaingan sesama orang cina juga masih ketara. Ada orang cina yang berpendatan rendah dan tahap pendidikan yang rendah. Oleh itu mereka tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja dan mereka mesti dibantu untuk membolehkan anak cucu merela keluaran daripada kepompong kemiskinan.

Satu perkara lagi, jika sesorang calon universiti awam memohon pengajian kedoktoran tetapi ditawarkan jurusan lain, jangan protes dan mengugut kerajaan.

Kena terima lah apa yang ditawarkan. Kalau tak setuju pergilah ke mana-mana universiti dengan perbelanjaan sendiri.

Bagi mereka yang kaya tidak menjadi masalah. Jika anak mereka ingin menjadi akauntan, keluarga mereka dengan senang hati menghantar anak mereka ke Canada atau Australia untuk belajar sampai berjaya.

Seperkara yang menarik dari Ernie ialah kerajaan perlu banyakkan sekolah latihan tenaga mahir. Contoh yang diberi oleh Ernie ialah plumber.

Sebenarnya konsep tenaga kerja yang mahir telah lama diperkenalkan oleh kerajaan cuma rakyat kita masih lagi mempunyai minda lama. Mereka lebih gemar makan gaji daripada menjadi tauke sendiri.

Ambil contoh seorang remaja kampung yang tidak berapa tinggi pencapaian akedeminya. Beliau bila di semak sijil-sijil kemahiran memang hebat. Ada sijil membuat perabut , ada kemahiran pendawaian elektrik dan beberapa sijil lain tetapi sampai hari ini buat kerja merapu dan tidak langsung berminat untuk bekerja dengan kemahiran yang beliau ada.

Sementara anak cina pula mahir membuat kerja-kerja mekanikal tanpa sebarang sijil. Ini kerana mereka sejak kecil menjadi kuli dan bila cukup dewasa, tauke mereka akan memberi modal untuk mereka berdikari dan mereka berjaya.

Yang amat TM bersetuju ialah apabila Ernie memuji kebijaksanaan Tun Mahathir merancang pembangunan sumber insan dengan menubuhkan banyak syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC yang bebas dariapa prokotol kakitangan kerajaan yang banyak membela kakitangan.

Dalam syarikat, kalau anda gagal, anda dipecat.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.