Khamis, 6 Oktober 2011

Anwar bukan pakar ekonomi

Tadi TM meletakkan video tentang pembentangan belanjawan (bajet) PKR dengan judul Anwar menteri kewangan yang gagal.

Kalau diikutkan Anwar bukan keluaran fakulti ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau hanya lulusan pengajian Melayu yang lulus kelas terbawah. Kemasukan beliau ke MCKK dan UM pun bergantung kepada ayahnya seorang wakil rakyat Permatang Pauh. Anwar masuk atas tiket nepotisms.

Anwar bukan pakar ekonomi ini didedahkan oleh beliau sendiri dalam ucapan penutup Persidangan Agung Umno sewaktu menjawat jawatan menteri kewangan.

Anwar menceritakan kepada umum, apabila dia masuk berjumpa Tun untuk membentangkan pencapaian kementeriannya, Tun akan menasihatkan beliau supaya perbaiki lagi angka peratus dan unjuran.

Anwar yang mengharapkan pujian Tun terpaksa beredar untuk mencari satu lagi angka yang dapat memuaskan hati Tun.

Setelah berpuas hati dengan usaha kementeriannya , Anwar sekali lagi mengadap Tun. Jawapannya tetap sama, sila baiki lagi pencapaian ekonomi dan turunkan lagi kadar inflasi yang mula merudum dan meruncing sejak krisis ekonomi dunia 1986-87. Sekali lagi Anwar kecewa dengan jawapan Tun.

Pada ketika itu Anwar sudah mula main belakang dan mula mengkhianati Tun Mahathir dan mengkhianati rakyat Malaysia.

Anwar ketika itu ialah naib presiden IMF dan kemuncak krisis ialah apabila Anwar mahu Tun Mahathir meminjam wang daripada IMF sebagai usaha memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan nilai matawang yang menjunam teruk dariapa RM 2.40 kepada RM 4.00 satu dolar.

Dalam masa wang sama Tun Mahathir dikehendaki mengisytiharkan diri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kerja celaka Anwar yang tidak boleh diterima rakyat.

Syukur Allah masih sayangkan negara dan rakyat. Tun berjaya mematahkan niat jahat Anwar dengan melahirkan satu idea yang mengkagumkan dunia.

George Sorros, sekutu Anwar yang merancang untuk menjatuhkan Tun juga terkedu dan sakit perut dengan kebijaksanaan Tun.

Ringgit ditambat dengan nilai RM 3.80 satu USD dan menolak pinjaman IMF. Wang kertas nilai 500 dan 1000 juga dimansuhkan dan semua wang tersebut perlu ditukar kepada wang kertas 100 dalam masa sebulan.

Anwar menggelepas macam ikan keli dibubuh garam kerana beliau lah yang paling kecewa dan rugi besar dengan tindakan bijak Tun Mahathir.

Pada masa yang sama Tun menubuhkan MTEn jika tak silap untuk memulihkan semula ekonomi negara dan Anwar tiada dalam senarai Jawatankuasa.

Tindakan Tun sekali lagi memberikan satu tamparan yang pedih amat pedih buat Anwar.

Anwar terus berdendam dengan Tun dan dalam PAU 1997 Anwar telah membelasah Tun dalam isu kronisme, Zahid Hamidi dijadikan ayam sabung untuk membelasah Tun dalam persidangan Pemuda Umno.

Dalam masa yang sama Anwar mula lemas dalam isu fitnah seks oleh Mat Sabu (PAS) dan Dap.

Kemuncak krisis Anwar tersingkir dari kabinet dan dipecat dari Umno kerana salah laku seks yang bukan sahaja disiasat oleh PDRM tetapi juga disiasat sendiri oleh Tun sendiri.

Cerita ingat-ingat lupa ini mengesahkan bahawa Anwar bukan pakar ekonomi yang bijak dan dihormati dunia. Anwar hanya seekor ular tedung yang perlu dikatuk sampai mampus kerana membahayakan orang lain.

Wahai generasi muda , jangan lah percaya dan taksub dengan Anwar. Dia sememangnya bijak mencari pengaruh seperti mana yang dilakukan pada awal tahun 70an dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.