Hari ini bukan sahaja Dap dan Pkr , malah Majlis Peguam juga menolak hudud. Cuma dalam kongress Pas ke 60 , Pas masih membohongan penganutnya bahwa Hudud tetap akan dilaksanakan.
Pada hal, Pas tidak bersedia dan tidak ada kepakaran untuk membuat dan melaksanakannya. Hudud pada Pas hanyalah gendang raya yang berbunyi setiap kali menjelang pilihanraya.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan apabila pemimpin Umno menolak Islam maknannya pemimpin Umno anggap agama Islam ini sudah rosak dan tidak sesuai diamalkan lagi.
Memetik ucapan beliau,“ Bila kita beli barang di kedai, kita pilih-pilih barang, bila barang yang kita tolak, maknnya barang tu sudah rosak, begitu juga Umno, bila Umno tolak Islam, maknanya dia anggap agama Islam ini sudah rosak atau tidak sesuai diamalkan”
“ Bumi yang kita duduk Allah yang ciptakan, tubuh badan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya Allah yang cipta, tapi kenapa pemimpin Umno tolak Islam? Soalnya
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sehingga hari qiamat, justeru yang menyambung perjuangan para Rasul ialah para ulama’ dan seluruh pejuang agama yang ikhlas.
Justeru,beliau menyatakan Islam kini sedang di ancam, rakyat juga sedang di ancam, kedaulatan Negara juga sedang digugat dan yang menggugatnya ialah Umno dan Barisan Nasional (Bn) di dalam negara kita.
Justeru beliau menyeru, agar seluruh rakyat menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menamatkan tempoh Umno Bn mengusai Negara ini, perkara ini dapat dibuktikan rakyat dalam PRU 13 ini, perkara ini sangat penting kerana dasar perjuangan Umno dan Bn sangat berpotensi merosakkan masa depan Islam.
Kepada Pesuruhanjaya Pas Perak, hentikan lah kerja-kerja yang merugikan bangsa dan memperalatkan agama demi kepentingan politik terdesak Pas.
Hentikan lah menuduh kerajaan menipu rakyat selama 54 tahun. Akuilah bahawa 54 tahun Pas hidup senang dengan segala bentuk kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan BN. Berdosa dok buat fitnah dan pembohong.