11 November 2011Jumaat pasaran saham jatuh dan ditutup rendah pada sebelah petang ekoran khabar angin yang dimainkan oleh pembangkang bahawa parlimen akan dibubarkan
Ia merupakan satu ujian untuk menguji keberkesanan berita radio buruk mereka, nampaknya berjaya seperti mana yang dimainkan pada tahun 2006 dan 2007.
Pada tahun itu, Dap banyak memainkan propaganda dari mulut ke mulut kepada pengundi cina dengan pelbagai isu.
Salah satu isu yang dimainkan ialah sistem pendidikan yang tidak baik dan mengabaikan kaum cina. Anak cina tidak mendapat tempat dan dipinggirkan dalam kemasukan ke IPTA. Anak cina dipinggirkan daripada menerima biasiswa JPA dan sebagainya.
Kerajaan juga menganaktirikan sekolah cina dan sekolah kebangsaan cina bakal ditutup terutama sekolah dalam kategori kurang murid. [SKM]. Satu undi MCA dan Gerakan bermakna dua undi untuk Umno.
Itulah sebahagian propaganda Dap yang berjaya dalama PRU 12 yang lalu.
Kali ini dalam PRU 13 , Dap berusaha untuk menguasai Johor, sekarang usaha memindahkan pengundi yang berlebihan di lembah kelang ke Johor sudah pun berlaku dan mereka sudah bersiap siaga untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di sana.
Ayuh Gerakan dan Mca, apakah anda ingin gigit jari lagi kali ini dan membiarkan DAP menang mudah? Jika anda menyerah kalah awal-awal lagi seperti kata presiden Gerakan eloklah angkat bendera putih.
Koh tidak yakin BN dapat menguasai semula Pulau Pinang untuk beberapa penggal lagi. Jika begitu anggapan beiau bolehlah mengundurkan diri segera.