Isnin, 14 November 2011

50 penyokong Pas, PKR keluar parti!

Umno Kuala Selangor wrote:

Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.