Terdesak dengan mencari kesalahan BN |
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita tidak dapat lari dari berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan juga institusi kewangan serta badan-badan lain yang bukan kerajaan.
Tm juga pernah menguruskan, merangka perlembagaan sebuah pertubuhan. Pengalaman dengan ROS amat menyenangkan. Bila terdapat erata atau kesilapan dalam permohonan, maka borang dikembalikan dan minta diperbetulkan.
Baru-baru ini Pakatan Rakyat telah memburukkan nama ROS kononnya sengaja menolak permohonan mereka. Tuduhan dan penghinaan mereka terutama Dr Hatta, Anthony Loke dan Saifuddin sungguh menjengkelkan.
“Saya merasakan penolakan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah bukti sebenar bahawa Pakatan punya kekuatan untuk menyingkirkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke 13,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Hari ini Ketua Pengarah ROS menafikan tuduhan pembangkang. Kita tunggu apa pula komen puak-puak pembangkan dalam isu ini . Untuk maklumat lanjut sila ke laman ini. [klik]