Jumaat, 11 November 2011
Seorang guru, tiga murid maut nahas lebuh raya dekat Tg Malim
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Seorang guru dan tiga murid maut dalam kemalangan membabitkan bas yang mereka naiki melanggar sebuah treler di KM382 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Hentian Rehat dan Rawat Behrang, Tanjung Malim, awal pagi ini.
Laporan media tempatan menyebut kemalangan itu berlaku sekitar 4.30 pagi.
Bas berkenaan dilaporkan membawa rombongan murid dan guru SMK Air Merah Kulim, Kedah, dan dalam perjalanan ke Genting Highlands.
Jurucakap polis trafik dan lebuh raya dipetik Berita Harian Online dan The Star Online berkata lima lagi cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.
Kawasan adalah kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama waktu malam. TM sendiri telah mengalami kemalangan di km385 tak jauh dari kemalangan ini.
Pihak lebuhraya perlu memasang cctv untuk memantau aktiviti longkai terutama kawasan gelap.