Konvensyen media sosial yang diilhamkan oleh jawatankuasa 1 Agenda sudah pun berlalu. Blogger panas APA komen kata majlis tak sempurna dan menuduh jawatan kuasa cari duit.
Tuduhan sedemikian tak betullah, setiap majlis kalau kita rajin hadir, sikit sebanyak mesti ada cacatnya, tambahan pula program ini adalah kali pertama dibuat oleh 1 Agenda.
1 Agenda bukan mempunyai fleet yang besar, jawatankuasa yang ada pun buat kerja bukan ada upah apa pun, semua buat kerana nak mewujudkan satu komuniti besar dan networking penggiat media pro kerajaan.
Bayangkan wujudkan 1 Agenda pun adalah hasil perbincangan rakan-rakan dalam blackberry, selepas melontarkan idea masing-masing, saudara Zul Azhar Cha minta nombor telefon TM dan kami terus berbual melalui telefon dan sama-sama mempunyai idea yang hampir sama dan bersetuju bahawa penggiat media yang selalu menjerit kerana ada rasa tertipu dan tidak terbela supaya bernaung di bawah satu entiti yang dapat menjaga kebajikan mereka.
TM juga sebelum ini pernah sama-sama berada dalam BPN pada tahun 2008 dan 2009 tetapi mengundurkan diri kerana AJK BPN enggan didaftarkan dengan ROS.
Dalam tempoh itu, TM beberapa kali turun ke KL dan satu perjumpaan telah dibuat di sebuah restoran Kayu Nasi Kandar Ampang. TM memaklumkan bahawa kita hanya perlu 7 orang sahaja untuk memulakan gerakan ini.
Perjumpaan pertama 7 orang telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS dan hasilnya kami bersetuju dengan nama 1 Agenda.
Proses pendaftaran dibuat segera tanpa tangguh-tangguh dan tak sampai dua bulan ROS meluluskannya, sewaktu TM hadir ke majlis berbuka puasa di kediaman rasmi TPM pada 10 Ogos, masih belum diluluskan.
21 Ogos satu meeting diadakan selepas di KL selepas ROS meluluskan pendaftaran, dan 1 Agenda merancang satu perjumpaan dengan penggiat media.
Sebelum ini Blog House telah berjaya mengadakan dua program besar, satu peringkat Asean dan satu peringkat dunia. TM hadir dalam program sehari peringkat Asean di Hotel Nikko. [nama lama] dan program kedua ialah yang dianjurkan oleh MyKMU di KL Internasional .
Tidak semua yang dapat hadir di kedua-dua program di atas. Jadi 1 Agenda sebagai sebuah lagi NGO cuba menghimpunkan orang-orang baru pula. jemputan dibuat dalam blog , sms, youtube [terima kasih kepada Teh Tarik Bersama YB] bbm, twitter dan facebook. Ia bukan untuk bloggers sahaja. Kepada Syed Ali dari Out Syed the box jangan lah berkecil hati kerana tak dijemput oleh jawatan kuasa [terlepas pandang ] maaflah dan jangan simpan dalam hati.
Kepada blogger Apa yang hadir , TM mengucapkan berbanyak terima kasih. selepas ini bolehlah bersama-sama dengan komuniti 1 Agenda dan mungkin beliau dapat membantu dalam program-program 1 Agenda dimasa akan datang.
Program tersebut bukan lah program syok sendiri. apa lagi untuk mencari duit mengisi poket sendiri. Semuanya dibuat atas semangat perjuangan dan membela nasib rakan-rakan.
Masih ingat, selepas PRN Sarawak ada beberapa orang rakan kita yang kena buang kerja kerana pergi ke sana? Siapa nak bela nasib mereka? Itu lah hasrat 1 Agenda, kalau berjaya buat program, orang akan bantu kita dan hasil bantuan boleh membantu kebajikan kita.
TM walaupun sebagai TYDP dalam 1Agenda tidak dapat turut serta dalam konvensyen itu kerana masih MC dan tak ada driver[driver balik uitm, cuti dah habis]. terima kasih kepada Audi 66, team SUPP Miri Aziz Adenan Satem PBB dari Sarawak, Dayang dari KK, Tun Faizal dari UMB yang sudi hadir dan lain-lain yang sanggup hadir nun dari jauh.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Dato Mohd Shakar, YB Kamalanathan, DS Ibrahim Saad, Dato Zainab, DS Rosmah, DS Najib yang menyokong dan banyak membantu 1 Agenda.
Ingat! Kita bukan macam penggiat media pembangkang. cokia-cokia depa dapat 2 atau 3k setiap bulan, kerjanya bukan susah sangat, hanya tulis facebook hentam kerajaan sahaja. Inilah kerja part time pelajar-pelajar IPT kita. Fikirkan lah brooo..... http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/program-syok-sendiri-bn.html