Jumaat, 4 November 2011

Setiausaha Akhbar Mangkok Hayun?

secretary bird

Minaq Jinggo

Baru terima nota dari seorang sahabat dalam bidang kewartawanan yang melibatkan pegawai khas TPM. Dia izinkan saya berkongsi cerita beliau.

Minaq Jinggo SESUATU YANG MEMALUKAM... Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah.Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar.Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media

Minaq Jinggo Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu.Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu.Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan.Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm.

Minaq Jinggo Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja...Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai.Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya...Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya...

Minaq Jinggo sahabat saya ni bukan budak baru dan amat dikenali dikalangan menteri kabinet kepimpinan umno malah peminpin pembangkang sekalipun. Dia berani mengutarakan soalan walau sekronik mana sekalipun kepada sesiapa pun dalam sidang akhbar. Saya yakin posting ini akan sampai kepengetahuan Hafiz. Kalau tak settle jugak lagi mungkin ada baik dipaparkan gambar dia supaya kawan2 wartawan yg junior dapat cam dan lebih waspada dengan karektor ini....especially tomorrow when DPM visits S'gor...