Terlebih dahulu TM mengucapkan sekalong tahniah kepada En Shahrom
bin Dato' Abd Malik yang dinaikan pangkat dan dilantik sebagai Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping yang baru dan berkuat kuasa 17 Oktober 2011.
Beliau Menggantikan En Omar Saad Yang Bertukar Kepejabat Tanah dan Galian Perak Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat.
Beliau Menggantikan En Omar Saad Yang Bertukar Kepejabat Tanah dan Galian Perak Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat.
Nampaknya beliau telah memulakan tugasnya dengan baik. Hari ini sebahagian penduduk telah menerima surat seperti di bawah.
En Shahrom bin Dato' Abd Malik |
"Blogger TM! Kita dpt surat mpt psl tong smph d rmh ie mesti kemas & ikut spek. Bagus tu, siap bg kod undang2 tu! Ni ada soalan: bgaimana if lori yg kutip smph dok lempaq tong sampah og? Lori sampah kutip ikut suka depa? Sampah selerak d sklong jaafar, dekat kuil kmtg, smpg 3 tmn desa jaya dll? Longkang sumbat lak? Rmpt pnjng? So how.....?"YDP nampaknya fokus kepada isu sampah. TM amat bersetuju dengan beliau. Bandar Taiping kini bukan semakin cantik tetapi semakin kotor.
Penduduk suka membuang sampah sesuka hati, di mana sahaja seperti ke dalam kebun kelapa sawit
[rujuk Taman Ria dan Taman Damai] . Membuang sampah ke dalam sungai [ rujuk Tmn Tupai Emas dan Kg Boyan dan taman atau kampung yang bersebelahan sungai].
Seperti mesej di atas, keadaan lori sampah juga amat menjijikan. Walaupun kenderaaan baru berusia setahun jagung tetapi bau busuknya dapat menusuk hidung jika kita berada 100- 200 meter di belakang lori tersebut.
Lori juga tidak pernah dicuci, balik saja ke depoh di Pokok Assam , pekerja bergegas untuk balik ke rumah. Semasa bertugas keadaan lori amat memalukan. sekeliling lori penuh kotak-kotak, plastik, botol dan bermacam-macam benda yang telah diasingkan oleh pekerja untuk dijual dikedai barangan lusuh selepas selesai menghantar sampah yang di kompres ke tempat pelupusan sampah di Matang.
Sekeliling lori penuh dengan guni-guni yang berisi barang kitar semula, yang ini YDP kena siasat sendiri.
Berkenaan dengan tong sampah pula, sejak dahulu lagi pihak MPT tidak pernah membekalkan tong sampah secara percuma kepada penduduk. Di bandar-bandar besar dan kecil di Sarawak pihak perbandaran telah membekalkan tong sampah secara percuma kepada penduduk. Ini belum pernah berlaku di Taiping dan bandar-bandar lain di semenanjung.
Kita dpt surat mpt psl tong smph d rmh ie mesti kemas & ikut spek. Bagus tu, siap bg kod undang2
Ikut mesej di atas penduduk perlu mempunyai tong sampah ikut spect yang standard dan ukuran itu tentulah memudahkan lori memindahkan sampah ke dalam mesin untuk dikompres. Persoalannya bagaimana lori nak kompres kerana dibelakan lori penuh dengan karung pengumpulan barangan kitar semula.
Satu perkara lagi, kalau nak beli tong yang ikut spesifikasi yang betul, nak dapat dari mana? MPT bagi free atau kena beli sendiri?
Satu perkara lagi ialah perangai buruk pemungut sampah, setiap kali tong dikosongkan, mereka akan melemparkan sesuka hati sehingga pecah. Dalam setahun sekurang-kurangnya 3 tong pecah akibat sikap dan perangai pekerja pemungut sampah.
Tindakan YDP bagus tetapi perlulah mengikut langkah-langkah yang tersusun dan terancang, rumah-rumah yang dijadikan kilang dan bengkel perlu diambil tindakan segera.
Pengusaha lori dan bas sekolah yang menyimpan kenderaan mereka sesuka hari juga perlukan perhatian YDP. Cuba lihat di kawasan perumahan kos rendah di Jalan Stesen Kamunting yang penuh dengan bas sekolah , begitu juga dengan Taman Asamara Ayer Kuning.
YDP juga perlu menambah pekerja untuk menjaga kebersihan rumput, longkang dan sebagainya, setiap kali penduduk mengadu, jawapan yang diberi ialah pekerja tak cukup.
Sebut bab cuci longkang ini memang menyakitkan hati. pekerja lebih banyak mengular daripada bekerja. datang ke lokasi lewat dan balik awal.
TM cukup tabik kepada seorang tukang sapu yang bekerja dengan penuh dedikasi. beliau kerap dilihat menyapu sampah dari pagi hinggalah ke waktu petang. Pada masa yang sama rakan-rakan setugas dengan beliau sudah nyenyak tidur di depan tv di rumah masing-masing. Pak cik tukang sapu yang banyak kali menerima APC kini sudah bersara. Kami warga Taiping merinduinya.