Khamis, 3 November 2011

Guru PAS panas telinga semasa perjumpaan dengan TPM di Ipoh baru -baru ini.

PAS Perak minta polis lebih profesional

emel Cetak PDF
PAS Perak minta polis lebih profesional
Memang betul, apa nak marah-marah!
 


IPOH, 3 Nov: PAS Perak kecewa dengan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail kerana menjadikan majlis pertemuan khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik Sekolah Agama Negeri Perak baru-baru ini sebagai medan menghentam dan memfitnah PAS.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin Endut berkata, Abdul Rahman telah menayang video kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilanggar ketika himpunan aman Bersih 2.0 sedangkan isu tersebut telah pun di bawa ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.

Malah, katanya Abdul Rahmani juga ingin melibatkan Mohamad dan PAS dalam menyokong perjuangan komunis yang mana dasar yang dibawa komunis jelas sekali bertentangan dengan dasar Islam yang didukung PAS.

“Kami mendesak Abdul Rahman agar lebih bersikap profesional dan tidak mempolitikkan isu yang kini telah dibawa ke mahkamah agar menghormati undang-undang negara,” tegasnya.

Sikap seperti itu, katanya jelas boleh memberikan gambaran buruk terhadap pihak polis yang dilihat turut sama berpolitik bagi memastikan sokongan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

TM_Note:

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengadakan pertemuan dengan guru-guru sekolah agama seluruh Perak di UTP , Tronoh.

Memang ramai guru-guru agama yang juga orang kuat Pas kena getah dalam majlis tersebut. Ia berikutan taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail.

TM sendiri pernah mendengar taklimat ini di PWTC  sebelum puasa yang lalu. Memang ceramah beliau tidaklah menghentam sesiapa terutama parti Pas. Beliau hanya memberi penerangan yang benar dan dalam masa yang sama menjawab tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak PDRM.

Memanglah seperti pepatah melayu menyatakan , siapa makan lada dia berasa pedas. Ini kerana ramai guru-guru yang hadir dalam perjumpaan hari itu terlibat dengan demo bershit 2.0 pada 7 Julai lalu.

Mereka nak lari tak boleh, nak menjawab takut dan tak ada hujah yang kuat, oleh itu melalui Pas Perak mereka menyatakan kekesalan mereka terhadap taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Polis Bukit Aman.

Padanlah muka puak-puak Pas yang hadir dalam majlis itu. Sedarlah bahawa gaji mereka pun dibayar oleh kerajaan. Jangan lah sombong dan bongkak menfitnah dan mengutuk kerajaan bukan-bukan. Tak elok tu.. Orang yang mengaku Islam dan serban besar bakul mestilah bersangka baik. Jangan tuduh polis menghentam Pas. Yang menghentam Pas ialah Taipingmali.

KLIK UNTUK MASUK KE BLOG SETERUSNYA