Selasa, 13 Disember 2011

Musuh DAP Bermakna Musuh Pas, Hasan Ali Mangsa Pertama

KUALA LUMPUR – Pas dilihat tunduk kepada  DAP berbanding mempertahankan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali apabila desas-desus namanya digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perkara itu sememangnya sudah dijangka daripada dulu lagi kerana Hasan merupakan pemimpin yang "vokal" di dalam pentadbiran kerajaan negeri selain merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip.

Justeru katanya tidak menghairankan nama beliau digugurkan kerana ianya dianggap penghalang kepada DAP untuk menguasai pemerintahan negeri berkenaan selain  melicinkan gerakan mereka yang yang totok kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita percaya Hasan Ali menjadi mangsa kepada kerakusan serta ketamakan pimpinan Pas hari ini yang sudah lari daripada perjuangan mereka yang kini kearah yang lebih liberal khususnya menjayakan rancangan sekutu mereka yang lain.

"Mungkinkah pimpinan Pas selangor mendengar bisikan daripada sekutu mereka DAP dan mungkin barangkali sedikit  "nasihat"  daripada pimpinan PKR yang lain agar menggugurkan nama beliau sebagai calon.

"Alasan boleh dicari dalam usaha memperlihatkan ketelusan pemilihan calon di dalam Pas. Kalau rakyat pun boleh mereka tipu apatah lagi sesama sendiri. Tidak pelik semua itu. Tengoklah bagaimana dulu Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.