DAP Taiping mencipta Sejarah lagi apabila mengadakan Majlis
Berkhatam secara besar-besaran di perkarangan Masjid Eskpo di Taiping
untuk tiga tahun berturut-turut.
Apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyddin Yassin melemparkan
tuduhan terbuka terhadap DAP dengan menuduh parti tersebut sebagai parti
yang “anti Melayu, anti Islam dan Anti Sultan”, DAP Taiping hari ini
membuktikan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha licik UMNO tanpa asas
untuk mengaburkan mata rakyat jelata demi melanjutkan talian hayat
politik UMNO yang kini hanya disifatkan tinggal nyawa ikan sahaja.
Majlis penuh istiadat dan berwarna-warni ini telah dirasmikan oleh
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang telah memberikan sumbangan
peribadi sebanyak RM5,000 dari potongan elaun Ahli Parlimen beliau
sebagai tanda sokongan memupuk semangat muhibbah dan perpaduan Nasional.
Dalam majlis tersebut, lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berumur
antara 4 hingga 10 tahun telah menjalani upacara berkhatam sebagai
memenuhi tanggungjawab sebagai muslim. Upacara perasmian tersebut turut
dimeriahkan dengan perarakan yang diiringi oleh pasukan kompang dan
pemancuhan air oleh kereta bomba dari unit pasukan keselamatan. Turut
hadir bersama pada Majlis tersebut adalah tetamu khas dan bekas Exco
Agama Negeri Perak, YB Zainuddin bin Mohd Yusof, ADUN Aulong, YB Yew
Tian Woh dan Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin Bin
Abdul Aziz.
Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming telah menegaskan bahawa
DAP dan Pakatan Rakyat adalah parti yang berjuang untuk semua anak
Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya
masing-masing kerana Pakatan Rakyat bertekad untuk mewujud dan melakar
landskap politik baru tanahair kita supaya menghancurkan politik
perkauman yang didokong oleh parti perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO.
Nga kor ming berkata, bertentangna dengan dakwaan UMNO, apabila
Pakatan Rakyat Berjaya memenangai kerajaan Pulau Pinang, peruntukan
untuk agama Islam telah meningkat 100% hingga ke RM24 juta jika
dibandingkan denganRM12 juta ketika dibawah pemerintahan Barisan
Nasional.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan sistematik
tiap-tiap tahun kepada sekolah agama rakyat sebagai pengiktirifan
terhadap sumbangan pendidikan Islam. Beliau memohon restu dari kaum
Melayu untuk memberi peluang 5 tahun kepada Pakatan Rakyat untuk
menerajui Putrajaya supaya rakyat dapat membuat bandingan prestasi
pentadbiran di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Beliau
menegaskan bahawa sebagai pengundi bijak, ia adalah sangat penting
bahawa pengundi menggunakan kesempatan pilihanraya mewujudkan system
kerajaan yang boleh saling berganti dan hanya dengan saingan system
dwi-parti ini rakyat akan memperolehi manfaat yang paling besar. “ Kita
sudah bagi BN menang 12 kali dan sepanjang 54 tahun, apa salahnya kita
bagi peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk 5 tahun?” Nga
menegaskan.
(Gambar 1 ) : Nga Kor Ming merasmikan Majlis berkhatam
besar-besaran di Masjid Ekspo Taiping dengan merenjiskan air kepada
kanak-kanak yang mengambil bahagian. Turut bersama beliau adalah
Zainuddin bin Mohd Yusof dan Pakaruddin Bin Abdul Aziz.
(Gambar 2 ) : Nga Kor Ming dan YB Zainuddin bin Mohd Yusof
menerajui rombangan perarakan sempena Majlis berkhatam besar-besaran di
Masjid Ekspo Taiping.
(Gambar 3 ) : Nga Kor Ming, Zainuddin bin Mohd Yusof dan
barisan pimpinan mengambil gambar sebagai kenangan bersamalebih 100
kanak-kanak yang menjalani istiadat upacara bersunat.