Jumaat, 2 Disember 2011

PKR makan hati dalam isu NFC





Pihak polis telah mengesahkan tidak ada pecah amanah dalam isu NFC. Ini sudah tentu membuatkan Mak Lampir dan Rafizi Ramlee akan menuduh polis bekerjasama dengan NFC dan Shahrizat.

Tak puas dengan itu, Nizar Jamaluddin pula tambah lagi kononnya baju dalam atau anak baju Shahrizat berharga RM 26 ribu. Kepada kaum wanita terutama public figure berhati-hati lah apabila membeli pakaian dalam atau sewaktu menjemur di ampaian, sebab takut Nizar dan konco-konconya akan skodeng dan merakam gambar.  AWAS BILA BERDEPAN DENGAN NIZAR!!!!

Berbalik kepada NFC, Mak Lampir dan Rafizi mengkritik hebat NFC dengan mencela kerana membeli hartanah iaitu dua buah condo dan juga kononnya membeli kereta mercedes.

TM nak tanya kepada mereka berdua, apakah satu kesalahan apabila sebuah syarikat membeli hartanah dan kenderaan atas nama syarikat?

Inilah agenda jumud yang sengaja dimainkan oleh dua ekor lembu PKR.  TM harap selepas ini , apa kata mereka pertikaikan syaraikat-syarikat besar lain yang membeli banyak kenderaan. Juga mereka perlu pertikaikan aset-aset rumah peranginan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

Jika kita ke Pulau Pinang, Cameron Highland dan Port Dickson, kita akan lihat banyak rumah-rumah percutian yang tertera nama-nama syarikat seperti   Cottage Bintang di Cameron Highland milik akhbar The Star, Rumah Rehat TNB di Pantai Batu Peringgi Pulau Pinang dan sebagainya.

Kepada Rafizi dan Mak Lampir, sudah lah ! Jangan dok merepek dengan cerita-cerita dungu...kerana ia menggambar kedunguan anda sendiri.

Cuba Rafizi Ramli cermin semula diri kamu, siapa kamu jika tidak ada kerajaan Umno yang memerintah. Kamu anak orang kampung di hulu Terengganu, kerana bijak dalam persekolahan, Umno bawa kamu untuk belajar di MCKK, semua belanja ditanggung oleh Umno, masuk kolej dan universiti di London pun kerana Umno,  balik ke Malaysia kamu makan gaji dengan syarikat-syarikat gergasi yang semuanya wujud kerana perjuangan Umno selama lebih 60 tahun. www.1taipingmali.com