Jumaat, 2 Disember 2011

Tanah runtuh di PJU 8/8 Damansara Perdana


Dalam jam 8.30 sehingga jam 10.30 malam ini, penduduk pangsapuri Flora Damansara melaporkan terdapat beberapa runtuhan batu dari puncak bukit .

Runtuhan batu-batu tersebut jatuh ke dalam kolam yang terbentuk daripada kerja kuari batu granite. Kuari tersebut telah beberapa tahun dihentikan dan kini tapak bersebelahan kolam tersebut sedang dibina taman peringatan oleh to' kong cina dan bersebelahannya telah diwartakan sebagai tapak masjid Damansara Perdana.

Buat masa ini MPPJ telah menghantar kakitangan ke tempat kejadian untuk membuat pemantauan dan penilaian.

Di puncak bukit berkenaan terdapat menara pemancar radio dan juga rumah jutawan Emkay

layari dan bookmark blog baru TM  www.1taipingmali.com/