Sabtu, 14 Januari 2012

Taiping : Najib Razak bersarapan pagi di gerai


PERAK TODAY


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua lawatannya ke Taiping, berpeluang melakukan aktiviti riadah bersama rakyat di Majlis Senaman 1Malaysia.

Najib yang sampai seawal jam 7.30 pagi itu hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Lebih 4,000 rakyat Taiping berpeluang melakukan aktiviti senaman bersama pemimpin tertinggi negara itu.

Rata-rata dilihat rakyat pelbagai peringkat umur begitu gembira dan teruja kerana dapat beramah mesra dengan Najib serta pemimpin-pemimpin lain.

Perdana Menteri menghabiskan masa kira-kira 20 minit bagi sesi “Senamrobik 1Malaysia” di Padang Esplanade, Taiping pagi tadi.

Selepas itu, Najib sempat singgah ke Casual Market di Pekan Taiping bagi meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama rakyat.

Dapay dilihat, masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur berpusu-pusu membanjiri pasar yang sememangnya terkenal dengan menu makanan enak.

Turut bersama Najib, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Shalimin Ahmad Shaffie.

Najib dilihat menikmati juadah Nasi Lemak Sambal Sotong, Passembor serta Teh Tarik malah beliau kelihatan begitu gembira kerana dapat meluangkan masa bersarapan bersama rakyat.

MORE INFO IN PERAK TODAY