Sabtu, 25 Februari 2012

Bermuafakat Mentransformasikan Ummah - Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam...



Uploaded by kamaluddins on Feb 24, 2012

Menyentuh mengenai himpunan yang pertama kali diadakan itu, Perdana Menteri menegaskan pemuafakatan antara kerajaan dengan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya boleh menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan kepentingan dan maruah agama Islam.

Menyedari kepentingan itu, Datuk Seri Najib mahu tiga kumpulan berkenaan lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Mereka perlu bekerjasama antara satu sama lain termasuk kerjasama dengan kerajaan untuk menyaring setiap maklumat dan menepis segala tuduhan fitnah jahat dari pihak tidak bertanggungjawab..

Ini kerana sikap berdiam diri, tidak mahu campur tangan atau malas untuk bertindak akan memberi kesan yang sangat buruk kepada umat Islam dan kedudukan agama Islam itu sendiri.

Tambah beliau bidang politik di dalam islam adalah satu jihad yang perlu diutamakan.

Dan ia tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan untuk menegakkan islam dan memperjuangkan kepentingan umat islam.

Bertemakan "Bermuafakat Mentransformasikan Ummah" -Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, berlangsung sejak semalam.