Isnin, 27 Februari 2012

Zahid Hamidi berjumpa Ehud Barak?

Pas kata "kalau kita orang Islam tak mengundi Pas, bila mati kita akan dipersoalkan diakhirat kenapa tidak menyokong Pas untuk menegakkan negara Islam.

Persoalannya ialah adakah parti Pas telah melaksanakan undang-undang Islam dan berusaha untuk membangunkan sebuah negeri Islam di negeri yang dikuasai oleh Pas.

23 tahun Pas menguasai Kelantan,  4 tahun di Selangor, Penang dan Kedah tak nampak satu pun perlaksanaan undang-undang Islam terutama kanum acara jenayah Islam yang disebut hukum hudud.

Pas sebaliknya menyalahkan Bn kerana tidak membenarkan Kelantan melaksanakan hukum hudud. Pas nampaknya akur dengan arahan Tun Mahathir. Pas buat kertas kerja mengenai hudud pun tak sehebat mana. Kalau ustaz sekolah menilai kertas hudud markah yang layak diberi ialah C sahaja.

Pas kata, kalau mencuri, hukumannya kerat tangan tetapi Pas gagal gagal menghuraikan bagaimana cara nya proses pemotongan tersebut dan dari aras mana tangan nak dikerat atau dipotong. 

Tun Dr Mahathir lebih ariff dalam menghuraikan hukum hudud secara terperinci berbanding Nik Aziz dan Hadi Awang sewaktu menggulung berbahasan dalam Persidangan Agung Umno beberapa tahun sebelum beliau bersara dari jawatan perdana menteri.

Bila sebut Pas, tidak dapat lari daripada perkataan samseng, fitnah dan keganasan. Pas sememangnya menggunak 3 elemen ini dalam mencapai cita-citanya. Bab ganas kita semua maklum tentang beberapa peristiwa demontrasi di Kuala Lumpur, Memali, Kota Bharu. Marang Terengganu dan beberapa tempat lain jika terdapat PRK.

Dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu (P36) , calon BN Dato Wan Farid kalah gara-gara pengundi BN sendiri marah kerana penyebaran gambar gambar beliau berkaraoke di rumahnya bersama anak saudaranya dalam satu majlis kekeluargaan.

Begitu juga PRK Bukit Gantang , colon BN Dato Ismai Saffian kalah gara-gara gambar fitnah dengan perempuan siam.

Cuba lihat gambar di atas, siapa kah tangan-tangan yang membuat imejan seperti itu. Tidak kah beliau terasa takut akan hari perhitungan di padang masyar nanti. "Undi Pas masuk syurga sudah sudah tidak ada makna lagi. jari-jari yang membuat imej di atas akan bercakap mengenai dosa yang dilakukan oleh pemilik jari-jari berkenaan.

Kita tahu lah, Anwar dan Azmin Ali dalam ceramahnya selalu menuduh Zahid Hamidi berjumpa Ehud Barak untuk memohon bantuan. Pink Turtle wordpress menulis "Tergamak Zahid Hamidi berjumpa pembunuh umat Islam Palestine" 

Oleh itu rakyat Malaysia mesti menolak Pas kerana sifat-sifat assabiyyah dan taghut yang tidak membawa apa-apa faedah kepada bangsa dan negara. Pas menjual agama dan sesat.