Isnin, 27 Februari 2012

Anwar wajar dinyahkan dari muka bumi

ABAI
Artikel di bawah diambil dari satu laman blog pro Anwar dan artikel tersebut mengesahkan bahawa cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dan menghapus kan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. 

Jika Anwar memerintah maka sistem beraja akan dihapuskan kerana tidak mendatang kan apa-apa kepentingan ekonomi kepada negara. 


Dalam satu seminar Gempita 2009 di PWTC seorang remaja dari sebuah IPT telah mempertikai kan sistem beraja dan mempersoal kan kenapa kita masih mempertahan kan sistem beraja. Bagaimana pun tak sampai seminit sesudah berhujah majoriti menghentam pelajar tersebut. Ia menggambarkan usaha Anwar mendekati remaja-remaja amat berjaya dan mereka ini menyokong Anwar kerana mereka tidak tahu latar belakang dan asal usul perjuangan beliau.


Negara Republik. Sejenis pemerintahan secara demokrasi atau komunis. Negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi secara republik akan diketuai oleh Presiden (yang memegang watak seperti Raja tetapi boleh memegang kuasa selama 10 tahun iaitu 2 penggal) dan Perdana Menteri pula sebagai ketua kerajaan sepertimana yang berlaku dalam negara Raja Perlembagaan. Jika sesebuah negara mengamalkan sistem komunisme,ia mesti menjadi republik kerana komunis tidak menerima raja oleh sebab prinsp 'Sama Rata,Sama Rasa'.Negara yang pertama sekali mengamalkannya ialah Rusia pada tahun 1917 selepas rusuhan Bolshevik ketika itu rakyat keluar memberontak terhadap golongan diraja Czar Rusia.

Kebanyakan negara republik pernah menjadi negara yang mempunyai raja seperti Perancis,Itali (yang dimansuhkan pada 1941),Jerman, Rusia, Poland, Austria, Greece, Turki, Indonesia dan banyak lagi. Negara ini semua menjadi republik akibat tidak puas hati kepada raja,kehilangan raja, kematian raja dan lain.Tetapi,jika dilihat di negara Iran,sebuah negara yang mengalami Revolusi Islam telah diasaskan oleh Ayatollah Khomenei dengan menyingkirkan Shah Mohammad Reza Pahlavi.

Diamalkan hampir semua di negara Eropah dan Amerika Syarikat kecuali di Sepanyol yang pemerintahan diraja diasaskan pada 1492 selepas kejatuhan Islam disana serta Britain. Dahulunya banyak di negara Eropah mengamalkan monarki sehinggalah zaman pemikiran seperti Karl Marx yang memikirkan pemikiran komunisme,Owen (pengasas Liberalisasi) dan lain-lain. Bermulalah zaman Revolusi Perancis pada 1793 dan Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917. Jerman pula mengalami pmerintahan diraja yang amat lama dan bersatu menjadi sebuah negara Prussia pada tahun 1871 sehinggalah menjadi republik pada tahun 1933.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti "anualiti" (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan "collegiality" (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan raja berpelembagaan. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Didalam sesetangah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara raja berperlembagaan adalah demokratik.

Kepada rakyat Malaysia, sama-samalah kita menolak Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa. ABAI -Asalkan Bukan Anwar Ibrahim.