Rabu, 14 Mac 2012

Apa punya bingai kepimpinan Barisan Nasional Perak, cakap kosong, tiada isi.



Barisan Kepimpinan BN menyatakan ikrar BN Perak untuk memastikan BN mendapat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

BN akan memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya negeri Perak, perkara ini sekaligus membuktikan kesediaan BN Perak menggalas amanah dalam misi mengekalkan hak dan maruah rakyat negeri ini, jelas belau.

Kepimpinan BN dalam ucapannya menegaskan kepada seluruh jentera BN Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran pembubaran parlimen yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang

Memetik ucapan beliau,

"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah SWT jangan sesekali retak, jangan sesekali putus"

“Namun apa yang lebih penting adalah tugas seluruh jentera BN berdamping dengan setiap pengundi di semua peringkat”

"Seluruh jentera mestilah memberikan komitmen semaksima mungkin”

" BN Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan Umno dalam BN kerana Umno dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya"

"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan BN dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan BN yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.

"Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk rakyat di negeri Perak ini," katanyaPetikan asal dari sini  [ KLIK]