Rabu, 14 Mac 2012

PKR akui guna panduan pilihan raya NDI

Kursus solat untuk ahli Pas
PKR mengakui bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Pengarah Komunikasi PKR, menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu untuk menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI) itu mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

"Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan 'kempen kebencian'.

"Ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan pun, rakyat diharap menyokong usaha ini ," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Umno bahawa PKR menggunakan buku panduan pilihan raya yang disediakan sebuah agensi asing untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

“Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara ?

"Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya," katanya.