Sabtu, 17 Mac 2012

Bila Minaq Jinggo bersuara terasa bahang panas nya





Tan Sri Mohd Sidek Hasan yang berdiri di tengah ketika majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Parlimen ke-12 pada 12/3/2012



KUALA LUMPUR 16 Mac - Desakan agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyegerakan persaraan mereka kini semakin lantang.

Terbaru, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pula membuat desakan itu ekoran kontroversi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga ia terpaksa dibatalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mohd. Sidek dan Abu Bakar perlu mengambil tanggung jawab ekoran kontroversi itu dan bukannya mendiamkan diri.

Katanya, mereka perlu mencontohi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil tanggung jawab atas kontroversi membabitkan suaminya apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri mulai 8 April ini.

P.S Bukan saja pembangkang yang mendesak, orang UMNO dan dari kalangan penyokong kerajaan pun dah mendesak ... Ini sudah menjadi pembakaran sampah secara terbuka... Apa lagi selepas ini?? Tak ada cara lain nak menyampai kan kepada Perdana Menteri ke??