Sabtu, 17 Mac 2012

PKR buat-buat lupa kisah lama mereka.


Mungkin ada yang masih ingat pada PRU 1999 dan 2004, ramai pengundi yang balik ke kampung tetapi gagal untuk mengundi. Riuh rendah dalam berita di TV1 dan TV3.

Pengundi yang tak dapat membuang undi bercakap kepada media mereka hairan kenapa nama mereka tiada dalam daftar mengundi sedangkan sebelum-sebelum ini mereka sudah beberapa kali balik untuk mengundi dan mereka menyalahkan SPR.

Untuk maklumat umum, SPR tidak bersalah dan yang bersalah ialah PKR. Mereka lah yang mengucar kacirkan daftar pengundi dengan memindahkan pengundi-pengundi ke luar kawasan yang jauh-jauh dan tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri.

Salah seorang orang kuat Anwar yang kini sudah berpaling tadah kepada Umno telah memaklumkan kepada TM bahawa mereka yang memindahkan pengundi untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan mengurangkan undi majoriti BN.

Apa yang berlaku dan menjadi isu oleh Fuziah Toron ialah lokaliti bukan persempadanan semula yang memerlukan 2/3 undi di parlimen.

Lokaliti selalunya melibatkan taman-taman perumahan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Apalah lah Si Toron ini.. bodoh tak habis-habis...

Walaupun pengundi berpindah tempat mengundi ia akan tetap sokong calonnya. Jika dahulu pengundi itu mengundi di dewan orang ramai, kemungkinan kali ini dia mengundi di  sekolah kebangsaan. Itu sahaja..

Toron....Toron,,,,,,memang kau tak layak jadi wakil rakyat laaahh.. kalau awak tak percaya cakap TM bahawa PKR  telah memindahkan ramai pengundi sila jumpa Saudara Hamdan Taha..



Muhammad Faizal, 16 Mac 2012
PETALING JAYA, 16 Mac: PKR hari ini membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa membuat pertukaran tempat mengundi 'secara senyap-senyap' dan tanpa kebenaran.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata ianya bukan sahaja melibatkan kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malah 31,294 pengundi lain yang didapati turut terlibat.

Tindakan tersebut katanya bercanggah mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dan kesalahan yang dilakukan SPR itu adalah serius.

"Khalid telah dipindahkan tempat mengundi ke Lembah Pantai sedangkan alamatnya di tempat lain, dan beliau tidak pernah membuat permohonan untuk menukarkan tempat mengundi.

"Apa yang kita persoalkan jika ingin membuat perpindahan tempat mengundi maka ia perlu melakukan persempadanan semula bukannya dibuat sesuka hati," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Dalam kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didedahkan sebelum ini, semakan dalam web SPR mendapati tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.

Fuziah memberitahu, untuk melakukan persempadanan semula memerlukan majoriti 2/3 di Parlimen bagi mendapat kelulusan.

"Tanpa majoriti 2/3 di Parlimen SPR tidak boleh sesuka hati membuat perpindahan dan ini merupakan kerja-kerja tersembunyi SPR untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional.

"Kita mahukan penjelasan dari SPR berhubung perkara ini kenapa ia dilakukan tanpa kebenaran pengundi, dalam pada itu bagaimanakah SPR ingin memaklumkan kepada pengudi yang seramai itu bahawa mereka telah dipindahkan ke tempat lain," kata Fuziah lagi.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kesemua 31,294 pengundi yang terlibat dengan pertukaran tempat mengundi tanpa kebenaran itu, tampil membuat laporan polis terhadap SPR.

"Saya berharap 31,294 pengundi tampil membuat laporan kepada pihak polis atas tindakan tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada SPR," katanya.