Sabtu, 24 Mac 2012

Cikgu Siti Azliza Johan hilang?

MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKAN!
ANDAI ANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR TERSEBUT, SILA HUBUNGI KE BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KE TALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUK MAKLUMAN RAKAN-RAKAN, WANITA TERSEBUT IALAH ANAK SEORANG GURU YANG DIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI.WANITA TERSEBUT DIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINAN DISIHIR / DIPUKAU).
MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI

HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN AMAT DIHARAPKAN.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum ,
    Hanya jutaan terima kasih yang dapat saya dan keluarga ucapkan di atas kesudian saudara memaparkan kes kehilangan anak saya di blog saudara.
    Dengan izin Allah ,mudah-mudahan satu hari nanti anak kesayangan kami akan kembali ke pangkuan dan memberi sinar dalam kehidupan kami.
    Berbagai usaha telah kami lakukan namun masih belum membuahkan hasil.
    Untuk pengetahuan pembaca satu ketika dulu ( sebelum Mei 2011 bulan terakhir KPLI di IBBA ) anak kami (Liza) merupakan seorang anak yang taat kepada suruhan Allah serta amat kasih kepada ibu bapa dan keluarga.
    Namun segalanya berubah apabila Liza mengenali seorang lelaki bernama Mohd.Najib bin Abd Rauf.
    Perkara yang benar menjadi salah , putih menjadi hitam di mata Liza sehingga sanggup menghancurkan hati dan perasaan kami, malahan mengaku sanggup menjadi anak derhaka demi cintanya kepada lelaki tersebut.Semenjak itu Liza memutuskankan hubungan dengan kami sekeluarga.
    Pada 20.10.2011 saya mendapat tahu Liza di tempatkan di SK. Kangkar Pulai,Kulai.Didorong oleh rasa rindu dan sayang yang teramat sangat saya dan isteri telah ke sekolah tersebut untuk menemuinya. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati Liza telah begitu berubah sikapnya. Tiada lagi rasa kasih terhadap kami.Isteri saya menjadi bahan herdikan dan cemuhannya sahaja.Lebih memeranjatkan kami Liza telah tinggal di rumah keluarga lelaki tersebut di B13, Jalan Kesemak ,Kg. Pasir ,Tampoi tanpa keizinan saya.
    Pada hari yang sama buat pertama kali saya berkesempatan bertemu lelaki tersebut.Pada awalnya saya cuba lembutkan hati untuk menerima lelaki tersebut.Tetapi,sifat-sifat yang ada pada lelaki tersebut dan keluarganya membuatkan hati kami bertambah hancur.Kami diminta menikahkan Liza dengan percuma.Kami dituduh memandang kebendaan ( Lelaki tersebut tidak bekerja ).Kami dianggap sebagai ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak dan bermacam-macam tomahan lagi. Terus terang saya katakan ,inilah pertama kali saya terjumpa dengan manusia yang tak tahu saya nak sebut apa sifatnya.
    Pada hari itu kami gagal membawa Liza pulang. Seminggu kemudian kami ke rumah keluarga lelaki tersebut untuk cuba mengambil Liza.
    Kali ini saya lebih sedih apabila Liza menunjukan Laporan Polis yang melarang saya menghampirinya kerana saya dianggap pengganggu dan mengancam keselamatannya.
    Seterusnya saya meminta bantuan polis dan jabatan agama .Namun kesemuanya gagal ( alasan mereka Liza sudah berumur lebih daripada 21 tahun )
    Jalan terakhir saya bertindak menculik Liza di sekolah setelah mendapat persetujuan pihak atasan pada penghujung Jan. 2012. Alhamdulillah , berjaya.
    Liza ditukarkan serta merta . Berbagai usaha kami lakukan untuk memulihkannya. kehidupan kami bercahaya kembali walaupun rasa benci Liza terhadap ibunya tetap menebal. Liza kami layan seperti puteri.
    Pada 9 Mac 2012 , Liza telah hilang( hari terakhir sebelum cuti pertengahan penggal 1).
    Hingga sekarang kami masih lagi mencari.
    Liza sanggup meninggalkan kerjaya dan masa depan yang cerah demi mengejar bayang-bayang.
    ( Saya yakin diluar kesedarannya )

    Segala apa yang saya ceritakan adalah perkara yang benar.segalanya ini menjadi pengajaran kepada saudara seagama .Berdoalah agar dijauhkan musibah seperti ini.

    Saya umpama seorang petani yang menyemai benih .Setelah tumbuh saya baja, siram dan jaga sebaik mungkin.Pokok membesar dengan subur , kemudian berbunga dan mula mengeluarkan buah. Petani berasa amat bahagia. Namun takdir Allah tidak dapat diduga. Di saat menunggu buah masak ribut melanda.Pokok harapan tumbang menyebah bumi.

    Wassalam,

    Johan bin Tahir,
    Rumah Guru,
    Kompleks Sekolah Telok Sengat'
    Kota Tinggi.
    10.04.2012

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..saya bersimpati atas apa yang menimpa keluarga tuan.
      semoga azliza sedar dan segera kembali ke pangkuan keluarga.
      saya yakin dia bertindak diluar kesedaran..dia yang pernah saya kenal bukan begitu sikapnya..
      Saya doakan dia segera sedar atas kesilapannya..
      Insyaallah

      Padam