Jumaat, 30 Mac 2012

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara???


Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Tok Lobai Selipar yang bodoh

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporanHarakahdaily itu.

Apakah benar apa yang didakwa oleh isteri Hoslan kerana mendapat berita tersebut dari suaminya yang ditahan di penjara? Kalau benar, Alhamdulillah kerana ada hikmahnya Hoslan dimasukkan ke dalam penjara tetapi perlu juga kita lihat kesahihan cerita ini kerana peribadi Hoslan sendiri sudah diketahui oleh ramai orang-orang yang mengenalinya secara dekat.Kalau begitu, mari kita baca pula kenyataan dari Penjara Kajang sendiri.


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHUBUNG LAPORAN MEDIA
HOSLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA’

  1. Laporan oleh beberapa media online berhubung Hoslan bin Husin dikatakan telah menjadi imam di dalam penjara serta telah mengislamkan 2 orang banduan adalah dirujuk. Adalah disahkan Hoslan bin Husin mula menjalani hukuman di penjara pada 8 Mac 2012.
  2. Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ianya bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara. Hasil siasatan mendapati laporan di atas di atas tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
  3. Dimaklumkan berasaskan prosedur yang digunapakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di dalam penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain. Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan. Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan dilaksanakan secara teratur. Salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh penama di atas sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan. Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.
  4. Dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan. Semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara. Kemungkinan penama di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari. Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka.

Sama-samalah kita semua berfikir dengan waras apa yang didakwa oleh Hoslan Hussein yang terkenal dengan sikap putar belitnya.http://arrahimah.blogspot.com/2012/03/imam-hoslan-islamkan-2-banduan-dalam.html