Jumaat, 30 Mac 2012

Raja Ashman mangkat


Kira-kira jam 3 pagi tadi TM menerima berita kemangkatan Raja Kecil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah 54 tahun/


Almarhum telah mangkat pada 30 Mac kira-kira jam 1.20 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.

Jenazah Baginda dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan selepas solat Asar.

Baginda meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin dan tiga anak putera Raja Ahmad Nazim Shah, 18, puteri Raja Emina Aliyyah, 20, dan Raja Bainunisa Safia, 17. Raja Ashman telah dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Sulong pada 16 Mac 2010.

Baginda merupakan anakanda ketiga daripada lima beradik anakanda kepada Sultan Azlan Shah selepas Raja Nazrin dan Raja Azureen.

Baginda mempunyai kumpulan zikir sendiri dan sering membuat persembahan di majlis rasmi.