Khamis, 15 Mac 2012

Isu orang asli Melaka adalah agenda DAP

Kawasan penempatan orang asli di Melaka

Pehimpunan di SUK Melaka
Muzium menjana pendapatan orang asli

Orang asli Melaka
Malaysia, seperti kebanyakan tempat di dunia, juga mempunyai perkumpulan orang asli. Jumlah kumpulan orang asli di Semenanjung Malaysia adalah kecil. Di Melaka, kumpulan orang asli Temuan secara lazimnya membuat penempatan mereka kawasan luar bandar, kawasan tepi hutan dan persisiran pantai.- melaka.gov.my

 

Perkampungan Orang Asli- Fakta wikipedia

  1. Kampung Orang Asli Bukit Payong Taboh Naning Alor Gajah 78000 Melaka
  2. Kampung Orang Asli Gapam Bemban 77200 Melaka
  3. Kampung Orang Asli Solok Terentang Selandar Jasin 77500 Melaka
  4. Kampung Lubok Bandung Simpang Bekoh 77100 Asahan Melaka
  5. Kampung Orang Asli Telok Tongkah
  6. Kampung Orang Asli Tebong Station
  7. Kampung Orang Asli Gapam Baru Bukit Seraya (Baru) 
Menurut Malaysiakini seramai 30 orang asli dari Melaka telah berkampung di pejabat SUK Melaka bagi membantah hasrat kerajaan mewartakan tanah orang asli sebagai tanah resab orang asli.

Tujuan kerajaan ialah untuk mengekalkan tanah dan penempatan mereka agar tidak dihimpit oleh pembangunan.

Tanah yang warta kan juga membolehkan mereka menceburi bidang industri pertanian. Hari ini orang tak perlu lagi masuk hutan mencari petai, durian dan sebagainya, semuanya boleh ditanam di kebun atau dusun.

Melaka sebuah negeri kecil dan tiada lagi kawasan hutan, hulu melaka ialah kawasan pembangunan Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.  Isu orang asli didalangi oleh Dap, Pas dan Pkr.

Mereka kalau nak membela orang asli perlulah mencermin kan diri mereka dahulu, contohnya Kelantan, semua tanah hutan yang menjadi kawasan mencari rezeki dan penempatan orang asli kini ditebus guna sebagai kawasan ladang rakyat dan dikuasai oleh orang Dap dari luar Kelantan,

Dap hari ini memerintah Pulau Pinang dan Selangor, lebih baik mereka bawa semua orang asli Melaka dan tempatkan di Bukit Bendera, Gombak dan lain-lain negeri yang dimenangi oleh pembangkang.

Pembangkang sebaiknya memberi tanah 1000 hektar setiap seorang orang asli , Melaka negeri kecil dan tak mampu untuk menyediakan tanah yang banyak untuk orang asli dan mereka tak payah lah nak melalak kepada kepada kepada kerajaan negeri Melaka.

TM percaya isu 30 orang asli yang membuat bantahan hanya isu yang sengaja dibesarkan oleh DAP terutamanya untuk mencari sokongan politik bagi PRU 13 sahaja.

 Menurut Faridah, memorandum bantahan itu mengandungi 282 tandatangan penduduk membabitkan 11 buah kampung daripada 14 perkampungan Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri Melaka. Faridah berkata memorandum tersebut antara lain membantah tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd Ali Rustam yang berhasrat mewartakan 16 perkampungan Orang Asli di Melaka dengan pemberian tanah sebanyak 520.39 hektar kepada 363 ketua isi rumah. "Sekiranya perkara itu terlaksana, setiap ketua isi rumah cuma memperolehi 1.5 hektar tanah sahaja. http://taipingmali.blogspot.com/2012/03/ini-edisi-malaysiakini-tunggu-jawapan.html

Isu orang asli Melaka sangat popular di kalangan mahasiswa universiti yang membuat kajian dan penyelidikan mereka dan kebanyakannya ialah pelajar- pelajar cina yang pro pembangkang.