Sabtu, 31 Mac 2012

Lega: Lagu Zizan dan Kaka di haramkan

 
Terima kasih kepada pihak berwajib kerana mengharamkan lagu ini dari dimainkan di stesen radio, bagaimana pun pendengar masih boleh mendengar lagu melalui cd dan sebagainya.

Pertama kali mendengar lagu ini memang syok dan mengasyikkan tetapi lirik lagu tersirat hasutan yang tidak baik. Malik atau Malique penulis dan pencipta lirik begitu kecewa kerana katanya lirik tersebut adalah kisah hidupnya bersama isteri yang ingin bercuti di Tibet.

Tak kisah lah itu tetapi lirik tersebut kalau nak dikomersialkan harus mengambil kira banyak faktor. Impak kepada masyarakat terutama remaja yang mendengar dan menggemari irama rap dalam lagu itu akan terkesan di hatinya untuk menurut apa kata dalam lagu.

Ini bukan baru, sejak zaman P.Ramle lagi lagu memainkan peranan dalam kehidupan manusia.

http://www.ohbulan.com/lagu-bawaku-pergi-zizan-kaka-diharamkan-kerajaan/

Malique terkilan apabila lagu ciptaannya yang berjudul, ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka telah di berhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja.

Bagaimana lagu Katak bawah tempurung nyanyian Jamal Abdillah adalah yang terbaik. Ingat peribahasa melayu tak semua tandan mempunyai buah yang baik.