Ahad, 25 Mac 2012

Majlis Pembayaran Khas Kepada Bekas Anggota Kemas Malaysia Peringkat Negeri Perak


Jasa dan peranan anggota KEMAS sangat besar dalam membantu dan memajukan masyarakat bukan sahaja dalam aspek pendidikan malah merupakan perintis terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Dan atas sebab itu, kerajaan merasakan khidmat pesara KEMAS wajar dikenang kerana kelompok berkenaan telah membantu untuk mengeluarkan masyarakat melayu dari kepompong kemiskinan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, ketika menyerahkan sumbangan cek bernilai RM 3,000 kepada bekas anggota Kemas negeri menyatakan jasa golongan amat besar kepada negara di mana mereka telah melahirkan ramai anak didik yang berjaya menjadi seorang yang berguna.

 “Hari ini kita telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada 770 bekas warga KEMAS di mana kos keseluruhannya lebih RM 2 juta.

 “Perak merupakan negeri kedua yang mempunyai pesara KEMAS dan ia menunjukkan pembangunan negeri sedikit sebanyak adalah atas jasa-jasa golongan ini,” katanya Menurut Zambry lagi, warga KEMAS merupakan antara aset penting negeri di mana golongan terbabit dilihat sebagai ejen perubah kepada masyarakat.

Katanya, pesara KEMAS banyak membantu pentadbiran dalam menyampai kan maklumat penting mengenai dasar-dasar kerajaan. Justeru, Zambry mengharap kan agar kelompok pesara KEMAS dapat bersama-sama kerajaan negeri dalam mempertahan kan kuasa dan hak yang ada.