Sabtu, 3 Mac 2012

Pembeli Rumah Yang Kena Tipu, Umno Juga Yang Bersalah

Sy ialah salah seorang mangsa pembeli rumah yg baru2 ini cuba dilelongkan oleh bank sehingga sy terpaksa mengeluarkan tabung simpanan yang sy kumpulkan sekian lama.


Rumah yg saya beli ialah servis apartment berharga ~rm200k. Malangnya rumah tersebut tidak mempunyai title/geran/ hakmilik atas nama sy. Bila sy semak dgn pejabat tanah dan galian rumah tersebut dibina atas tanah kerajaan secara haram. Tetapi nama loan ialah nama saya, bank kata saya kena bayar atau diisytihar muflis sbb pinjaman atas nama sy.


Sedangkan semasa S&P ditandatangani title tanah tak wujud tetapi mendapat pelepasan drpd bank yg approve loan, lawyer S&P dan juga pemaju. Sekarang apartment itu dah depreciate value menjadi sekitar rm30K sahaja. Nak jual pun tak boleh serta tak laku.


Sy sudah pun membuat pengaduan kepada bank negara, balai polis serta SPRM. Jadi kepada sahabat2 semua kena lah berhati-hati apabila membuat sabarang pembelian rumah. Sebab nak kayakan segelintar pemimpin u**o, kita menderita sepanjang hayat menanggung hutang lapuk sampai liang lahad.

 Komen pembaca dari Facebook
 Azman Neo ko bleh saman serentak ketiga-tiga bank, pemaju dan syarikat guaman tersebut, mungkin pengarah tanah terlibat bersama JKR. sila buat deal mana2 syarikat guaman lain dan pastikan syarikat guaman tadi tiada hubungan dengan syarikat guaman tadi....ko boleh saman dengan jumlah sampai mencecah rm20 juta....pandailah2 berapa bagi komesan kat peguam ko tu...