Saya menulis di sini kerana perlukan bantuan teramat sekali.
- Saya sangat sangat perlukan RM12,000 untuk menyelesaikan hutang dari kredit along.sudah lama saya cari dan minta pertolongan sampai sekarang tak ada yang positif untuk menyelesaikan .
- setiap bulan saya bayar RM1200.00 dan gaji saya baru RM2500.00.
- Saya perlu bayar rumah, belanja anak, belanja persekolahan 4 orang anak. Isteri tak kerja.
- Masalah Perkeso. Saya mengalami kemalangan semasa bertugas,dan Spinal disk saya rosak dan dibedah pada tahun 2008.
- Dan tidak bekerja selama 8 bulan. Saya cuba dapatkan rayuan Perkeso membuat bayaran cuti sakit saya. Tetapi dah berlalu 2 tahun tapi tak ada apa apa yang positif. setiap bulan di tangguh, katanya surat doktor tak siap siap lagi, dah hampir 6 bulan perkara yang sama.
- Saya tak tahu nak mengadu pada siapa. Hutang saya makin banyak. Kerja tak senang hati. Nak pinjam bank nama blacklist. SUSAH saya, siapa boleh bantu saya .