Selasa, 13 Mac 2012

Tamparan Buat UMNO Larut ????


Asari bin Abdullah
Kata PAS Larut : Umno menerima tamparan hebat apabila ahli-ahlinya sedikit demi sedikt meninggalkan parti tersebut, terbaru ialah Bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Tapah, Asari bin Abdullah 57, telah menyertai PAS. Penyertaan beliau ke dalam parti PAS turut disertai oleh kira-kira 12 orang bekas ahli Umno kampung tersebut. Borang penyertaan beliau bersama ahli-ahli lain diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Menurut beliau yang juga Bekas Ketua Kampung tersebut, penyertaan beliau ini adalah atas doa-doa dari orang Umno sendiri. “dulu semasa saya sebagai Ketua kampung, semua peruntukan saya agihkan sama rata, bila saya agihkan sama rata ahli-ahli Umno disini kata saya orang PAS, dan akhirnya berkat doa dari ahli-ahli Umno disini, saya menyertai PAS”. Ujar beliau.
Selain itu juga penyertaan beliau ini didorong oleh rasa bertanggungjawab terhadap agama, Umno menurut beliau sudah tidak mementingkan agama. “Umno hanya mementingkan kebendaan, agama mereka tolak ketepi. Bagi saya Umno sudah tidak ada apa-apa lagi bahkan mereka akan rosak dengan kebendaan mereka”. Tegas beliau lagi.

TM_Note;
'Tamparan Buat UMNO Larut' itu lah tajuk artikel dalam sebuah blog Pas dari Perak

Pas Larut berbangga kerana berjaya bawa masuk 12 orang ahli Umno ke dalam Pas. Ini adalah satu fenomena biasa dalam politik.

En Asari Abdullah bekas Ketua Cawangan Kpg Tapah tetapi kerana tidak bijak mengurus tadbir dan gagal memikul amanah yang diberikan oleh penduduk, menyebabkan dia tersingkir dalam pemilihan 2009, Ahli Umno Cawangan Kampung Tapah telah memilih orang muda bagi menggantikan beliau.

 Kini Ketua cawangan Kpg Tapah ialah AJK Pemuda Umno Larut Saudara Mohd Ariffin Abu Bakar 33 tahun.

Asari sebenarnya merajuk kerana tidak dilantik sebagai Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK, itulah punca utama beliau masuk Pas.

Kini penduduk majoriti penduduk Kpg Tapah berasa lega kerana parasite telah dikutip oleh Pas Larut.