Selasa, 13 Mac 2012

VIDEO ?!! KETUA PEMUDA PAS TERPAKSA MAIN GITAR UTK DEKATI ANAK MUDA !! HARAM !!



Hebat PAS sekarang ini! Mana-mana artis yang hendak bertaubat, berlumba-lumba memeluk PAS, tetapi yang asal ustaz dalam PAS pula, berlumba-lumba tunjuk bakat hendak jadi artis. Ini baru betul-betul dikatakan PAS For All! Hukum diketepikan, Akidah Digadaikan!

Memang berbakat betul Nasruddin. Boleh terangkan pasal Hudud guna gitar sahaja. Hendak tergelak pun ada bila menonton video di atas. Untuk makluman semua video di atas sedang disebarkan oleh juak-juak hamPAS terutamanya melalui laman-laman sosial. Kalau terjumpa, pedulikan sahajalah. Kami tidak mahu menyebarkan perkara yang boleh memecah belahkan lagi ummah.

Buat apa beria-ria hendak menerangkan Hudud jikalau negeri yang ditadbir dengan lebih 2/3 majoriti pun tidak hendak dilaksana. Jangan lupa tanya juga kepada puak-puak Khawarij hijau ini adakah mereka sudah lupa yang manifesto terbaru mereka sendiri tiada menyebut apa-apa tentang pelaksanaan Hudud selepas PRU-13. Malah, Presiden mereka sendiri mengesahkan bahawa Hudud itu hanya 0.0001 peratus daripada Islam ketika diberi peluang memerintah Terengganu suatu masa dahulu.

Sekarang sambil lepak-lepak main gitar tepi padang boleh dok terangkan hudud. Inilah gaya dakwah terbaru PAS. Hendak tahu mereka ikut gaya siapa? Jom tengok video di bawah ini:

Abu Hanifah dalam kitab Al-Ahkam As-Sulthaniyyah.

Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong.” (muka surat 375)

1. Daripada Abdul Rahman bin Ghunm katanya, Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari telah menceritakan kepada aku bahawa dia telah mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pasti akan berlaku satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik.


(1) Riwayat al-Bukhari (5590) dalam kitab al-Asyribah, bab orang yang menghalalkan arak dan menamakannya dengan nama yang lain.

2. Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi. (1)

(1) Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.

3. Daripada Nafi’ bahawa Ibnu Umar r.a. telah mendengar suara seruling tukang gembala. Lalu ditutup dua telinganya dengan dua jari telunjuknya dan memalingkan kenderaannya dari jalan seraya berkata: Wahai Nafi’, adakah kau masih mendengarnya?. Aku menjawab: Ya. Maka dia terus menjauhkan diri sehingga aku mengatakan tidak mendengar lagi, baru diangkat tangannya dan mengembalikan kenderaannya ke jalan. Kemudian Ibnu Umar berkata: Saya melihat Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berbuat demikian sewaktu mendengar seruling tukang gembala. (1).


(1) Riwayat Abu Daud (4914) dalam kitab al-Adab, bab larangan nyanyian dan alat muzik; Ibnu Majah (1901) dalam kitab an-Nikah, bab nyanyian dan ad-duff; Musnad Ahmad (4307) dalam kitab Musnad al-Mukthirin Min as-Sahabah, bab musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab.


4. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira’ (1) dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram.(2)


(2) Riwayat Abu Daud (3680) dalam kitab al-Asyribah, bab larangan daripada perkara yang memabukkan.


hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام


Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.


Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al-Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al- Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al-Bazzar secara marfu’.


Dalam kitab al-Muhazzab oleh al-Imam Abu Ishak as-Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata as-Syirazi:


ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار


Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.


* Puak-puak khawarij kata video itu untuk jawab balik isu Hudud yang dibangkitkan dalamSembang Rakyat. Eloklah itu, dakwah macam yahudi...Baik join budak-budak itu main bola, boleh kurus sikit perut itu.


tqMymassa

 jawapan utk haprak yang bertanya.
ble bg dalil ka dalam Al-Quran yg mnytakan hiburan dan gitar haram?? on HA! HA! PAS MENGHALALKAN HIBURAN DAN GITAR