Jumaat, 9 Mac 2012

#TehTarikYB SEKITAR PROGRAM BERSAMA VATERAN MAYC DI NZ GARDEN @NajibRazak @uzaidi @zamielzukie

Bertempat di NZ Garden KLCC Kuala Lumpur pada hari Isnin 5 Mac 2012 lalu memberikan satu pengalaman yang baru buat TM yang hadir buat pertama kali dalam program Teh Tarik Bersama YB.

Program yang dikelolakan oleh Zamiel Zukie, Zaidil Baharuddin, Uzaidi Udanis dan beberapa yang lain telah pun bermula sejak Ogos 2009 .

Teh Tarikh Bersama YB adalah satu jenama yang sangat sinonim kepada pengguna facebook dan twitter, kini mempunyai hampir 3 ribu ahli dalam facebook dan twitter.


Sesi Teh Tarik Isnin lepas merupakan sesi ke 27 dengan tetamu istimewa iaitu Datuk Nasir Safar bekas pegawai khas perdana menteri Dato Seri Najib Razak dan Presiden Kelab MAYC Veteran. Beliau yang pernah menjadi topik hangat dalam media pembangkang kononnya beliau bersifat perkauman dalam ucapan beliau dan pembangkang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Dalam permulaan bual bicara beliau malam itu, Datuk Safar menjelaskan bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan ucapan beliau di Melaka sehingga wujud satu desakan memaksa beliau mengundur ke belakang dan meletakkan jawatan.

Demi kebaikan dan perjuangan perdana menteri untuk menjayakan program gagasan 1 Malaysia beliau melepaskan jawatan tersebut dengan satu pantun.

Takkan kutitiskan airmata
Takkan kurasa kecewa
Biar perjuangan tidak terbela
Aku tetap melangkah demi 1malaysia

Antara isi ucapan beliau selama 20 minit, Datuk Nasir telah mengupas dan memperlahuskan matlamat dan visi gagasan 1 Malaysia yang menjadi landasan perjuangaan kerajaan Barisan Nasional yang wujud sejak sebelum merdeka yang berkonsepkan perpaduan rakyat.

Gagasan 1 Malaysia adalah slogan baru  tetapi satu agenda yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terlebih dahulu. Melalui tranformasi politik baru ini, Najib mengubah senario politk baru dengan konsep turun ke bawah untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan falsafah rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.

Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. [ persepaduan masyarakat pelbagai kaum ]