Jumaat, 9 Mac 2012
Artikel menarik mengenai Adun Dap Melaka
YB Ayer Keroh Cuba Jadi Juara?
Semasa sesi jawapan lisan pagi Khamis 8 Mac 2012, wakil Ayer Keroh timbulkan sekali lagi isu:
(1) kadar kemiskinan kononnya bertambah, bukan berkurangan, berdasarkan penerima bantuan kebajikan yang meningkat,
(2) gaji pokok pemandu bas Panorama bawah paras kemiskinan, dan
(3) jurang melebar.
Jawapan:
(1) memang benar bilangan penerima bantuan JKM meningkat; misalnya dari 6,579 pada 2007 kepada 23,163 pada 2010; naik 252%. Dua sebab utama:
a) hasil kerajaan meningkat 30%; dari RM289.2 juta kepada RM375.0 juta dalam tempoh yang sama; maka lebih ramai lagi yang susah boleh dibantu.
b) jenis bantuan baru diperkenalkan pada tahun 2008 kerana nak menjaga kebajikan rakyat sebab rakyat di dahulukan. Bantuan baru itu ialah Elaun Latihan Sambil Belajar, Bantuan Anak Pelihara, Penjaga Pesakit Kronik dan Bantuan OKU Tak Bekerja. Bantuan sedia ada seperti Bantuan Am, Bantuan Kanak Kanak dan Bantuan Orang Tua.
Yang teramai menerima bantuan ialah orang tua iaitu seramai 7,586. Warga emas ini tentulah patut dibantu.
Kerana usaha usaha inilah dan juga kejayaan memacu ekonomi hingga mampu mengurangkan kadar pengangguran [ST3 2011 = 0.7% - terendah di Malaysia dan dikalangan 44 buah negara maju (OECD)!] dan melonjakkan pendapatan isi rumah (1999 = RM2,260 sebulan; 2009 = RM4,184 sebulan) maka kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan hampir sifar; dari 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada 2009; sekali lagi terendah di Malaysia dan dikalangan 44 buah negara maju (OECD)!.
(2) gaji pokok pamandu bas Panorama sebanyak RM500 sebulan yang dijeritkan di bawah paras kemiskinan. Saya ingin bertanya YB Ayer Keroh mengapa isu ini tak dibangkitkan semasa mereka bekerja dengan syarikat swasta dulu sebab gaji pokok mereka (dan ada yang tak ada gaji pokok) jauh lebih rendah dari apa yang dibayar oleh syarikat kerajaan, PMCT? Mengapa?
YB hendaklah faham, jika kononnya hendak dilihat sebagai juara memperjuangkan kebajikan pemandu bas Panorama, bahawa garis kemiskinan adalah berdasarkan jumlah pendapatan, termasuk gaji pokok, lain lain elaun dan sebagainya. Terbukti kerajaan negeri telah memberi mereka pendapatan melebihi garis kemiskinan sebanyak RM793 sebulan sebab gaji dan elaun mereka, seperti yang telah dimaklumkan oleh EXCO berkenaan pada hari Isnin lalu adalah lebih RM800 sebulan.
Untuk makluman YB Ayer Keroh, berdasarkan maklumat dari internet, gaji pokok pemandu bas di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor hanyalah RM300 sebulan. Kenapa tak jeritkan ke telinga KM/MB di sana supaya naikkan gaji pokok mereka?
Lagi satu, sudahkah YB Ayer Kroh mengetahui berapakah gaji minima nasional dan gaji minima sektor pengakutan bas awam di negara ini? Jika dah tahu, mengapa tak dinyatakan dalam dewan yang mulia itu?
Saya jangka Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan skim gaji minima apabila ianya telah dipersetujui dan diluluskan nanti.
(3) Jurang melebar. YB Ayer Keroh sepatutnya membuat kajian dan lebih bertanggungjawab di dewan yang mulia ini. Bukan berbohong dan beretorik. Untuk makluman YB, jurang pendapatan di Melaka telah bertambah rapat sejak DAR menjadi KM. Misalnya pada tahun 1999, jurang nisbah luar bandar: bandar = RM1:RM1.47, 2009 = RM1:RM1.37; Bumi:Cina – 1999 = RM1:RM1.57, 2009 = RM1:RM1.14. Kunyahlah statistik ini hingga faham!
Terbukti kerajaan BN Melaka, khasnya DAR, telah berjaya menambahkan pendapatan, mengurangkan kemiskinan rakyat dan merapatkan jurang. Sehubungan itu, disarankan agar YB pembangkang pula, khasnya YB Ayer Keroh, segeralah melakukan transformasi ke arah memantapkan lagi kualiti, integriti dan akauntabiliti masing-masing di dewan yang mulia itu. Janganlah masih ditakuk lama – hanya tahu beretorik dan destruktif. Berbahaslah dengan bersandarkan fakta yang betul dan secara membina.
Adakah rakyat masih mahu memilih YB fesyen lama seperti ini?
http://darahtuah.wordpress.com/2012/03/08/yb-ayer-keroh-nak-jadi-juara/
YB yang dimaksudkan ialah Adun DAP Khoo Poay Tiong