Tindakan pihak pembangkang yang mahu menghapuskan hutang PTPTN berjumlah RM43bilion dilihat sebagai satu tindakan 'populis sembrono' seperti yang disebutkan Datuk Najib sebelum ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kumpulan dan puak pembangkang ini sebagai kumpulan 'populis sombrono', dan tindakan ini memang disukai oleh mereka yang berhutang.
"Mengapa pakatan pembangkang tidak menghapuskan segala hutang-hutang rakyat di Malaysia, buatlah pengumuman bahawa semua hutang rakyat Malaysia jika pakatan memerintah, semuanya akan dihapuskan. Alang-alang nak menghapuskan hutang.
Lupuskan segala hutang rakyat. Saya rasa, confirm mereka menang tetapi sata sara seminggu sahajalah, bankrupt Negara ini," ujarnya kepada media selepas mengadakan pertemuan dan majlis dialog bersama beberapa NGO dari Negeri Sembilan di ibukota sebentar tadi.
Tambahnya, pengumuman itu popular tetapi pengumuman yang tidak berfikir, sembrono dan tidak memikir kesan. Kesannya, kemungkinan para mahasiswa kita akan jadi pemalas. Jika sebelum ini, para mahasiswa akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik baru hutang itu akan ditukar kepada biasiswa dan dilupuskan.
"Tindakan ini juga dilihat sebagai tindakan mengajar rakyat untuk tidak bertanggungjawab. Lepas-lepas ini segala hutang, rakyat malas nak bayar, lebih-lebih lagi hutang dengan MARA, hutang dengan bank yang ada hubung kait dengan kerajaan. Menjadikan rakyat Malaysia ini tidak bertanggungjawab, malas nak bayar hutang.
Dalam masa yang sama, RM42bilion bukan jumlah yang sedikit. Kita ada sistem ekonomi yang baik, dengan membayar hutang itu, kita bertanggungjawab dengan generasi yang akan datang," tambahnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Ahmad Maslan berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan sandiwara pembangkang ini sebaliknya segala keputusan yang akan diambil haruskan memikirkan masa depan generasi yang akan datang.