Isnin, 9 April 2012

Takziah : Cikgu Noordin Ahmad veteran Umno Larut meninggal dunia

TM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tuan Haji Cikgu Noordin Ahmad AMP, PJK yang meninggal dunia hari ini pada jam 12.30 tengah hari di rumahnya di Jalan Kampung Perak  Batu Kurau, Perak.

Beliau juga bekas Ketua Umno Cawangan  Batu 15 setengah  Batu Kurau dan bekas ahli jawatan kuasa Umno Larut untuk beberapa penggal.

Jawatan terakhir yang disandang beliau dalam kerajaan ialah Guru Besar SK Kampung Yaman sebelum bersara.  Sebelum ini allahyarham telah kehilangan isteri Hjh Rafeah yang meninggal dunia akibat sakit kanser usus.

Jenazah akan dikebumikan pada jam 6.00 petang ini di tanah perkuburan Islam Batu Kurau. Al-Fatihah semoga rohnya mendapat rahmat Allah.